Umno-BN tutup skandal dengan 'talam dua muka

KUALA TERENGGANU - Pelbagai isu penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional cuba ditutup oleh mereka dengan memainkan isu-isu perkauman.

Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, beberapa kes dan skandal yang berlaku melibat ratusan bilion ringgit wang rakyat, hilang begitu sahaja,

"Kalau kita ingat Firaun dulu teruk, belum nampak Umno (dan) Barisan Nasional lagi....lagi teruk, bukan sahaja skandal PKFZ (yang melibatkan) RM13 bilion,

"skandal saham bumi, RM54 bilion ringgit saham, RM52 telah diedarkan kepada orang Melayu dan Bumiputera, orang sini ada dapat saham tak?,"soal Guan Eng disambut dengan laungan 'tidak' oleh orang rami yag hadir.


Beliau nerkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam Ceramah Umum 'PAS Ganti Umno' (PGU)yang didakan pada malam Ahad 3 Julai di Kampung Ladang, dekat sini

Katanya, Malaysia bukan sahaja menjadi negara pengekspot Kelapa Sawit, tetapi merupakan negara ke-5 didunia yang banyak 'mengkespot' wang haram hasil penyelewengan dan rasuah.

"Pakar ekonomi Bank Dunia di Washingtojn membuat laporan kewangan integriti, dalam senarai negara yang bawa wang 'rasuah' keluar negara, Malaysia nombor 5,"jelasnya.

Katanya, laporan tersebut mendedahkan sebanyak RM888 biulion telah 'wang haram' telah dibawa keluar dari Malaysia.

Beliau berkata, setiap orang rakyat Malaysia rugi sebanyak RM33,000 dengan pengaliran wang haram tersebut keluar negara.

Oleh itu katanya, Umno dan BN telah membawa isu perkauman.

Antara isu yang paling di manipulasi oleh Umno-BN adalah hubungan PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Namun, mnenurutnya, sikap 'talam dua muka' Umno dan BN telah memerangkap mereka.

"Orang Umno cakap depan orang Melayu, PAS diperkudakan oleh DAP, orang MCA cakap depan orang cina, DAP diperkudakan oleh PAS,

"dia tengok Lim Guan Eng baik dengan Mat Sabu, itu mesti Lim Guan Eng dengar cakap Mat Sabu.....main talam dua muka,"tegasnya.

Justeru, beliau menyeru supaya seluruh rakyat Terengganu ubah kerajaan pada pilihanraya akan datang supaya PAS gantikan Umno.

Katanya, masyarakat Cina negeri Terengganu telah bersedia berubah dan akan menyokong PAS bagi menubuhkan sebuahb kerajaan berkebajikan dan berjiwa rakyat.

"tadi saya ada satu jamuan dengan masyarakat Cina, saya tanya mereka, mahu 'ubah' atau tak mahu ubah? mereka semua cakap 'mahu',

"ubah kepada PAS boleh ke? Boleh....jawab mereka...PAS mana ada susahkan rakyat,"tambahnya.

Ulasan