Umno dan Barisan Nasional penipu besar!

KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional (BN) diselar kerana melakukan 'penipuan besar' tentang Himpuan Aman BERSIH 2.0 yang telah diadakan pada 9 Julai lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, tidak ada dalam sejarah tanahair sebelum ini Presiden PAS ditangkap dalam mana-mana himpunan atau demondtrasi.

Beliau mempersoalkan, apa yang ditakutkan oleh Umno-BN sehingga melakukan pelbagai tindakan zalim keatas peserta BERSIH.



"Umno Barisan Nasional memang penipu besar, mana-mana yang pakai baju kuning ditangkap! bas dihalang, ramai yang dikalangan kita yang duduk dihotel pun diserbu oleh pihak polis,

"iniyang menjadi masalah, apa yang mereka nak takutkan sangat?,"ujar Haji Wahid ketika berucap dalam meraikan kepulangan Presiden PAS yang disambut sebagai 'Wira Rakyat' di Lapangan Terbang Sultan Mahmud disini semalam 11 Julai.

Katanya, kerajaan Umno-BN tidak boleh menghalang kebangkitan rakyat kerana sudah sampai masanya rakyat bangkit dan bangun menyatakan sikap dan pendirian.

Ulasan