Dua T-Shoppe telah ditutup

KUALA TERENGGANU - Sebanyak dua buah kedai T-Shoppe yang dibuka oleh kerajaan negeri telah ditutup kerana mengalami kerugian.

"Dua buah T-Shoppe yang ditutup adalah di Gong Kapas dan sebuah lagi di bandar Marang, setelah enam bukan 'trial period' (tempoh percubaan) kalau tidak membawa pualangan yang baik, kita akan tutup operasinya,

"Sebab T-Shoppe Gong Kapas ditutup kerana 'turn-over' (jumlah jualan) tidak mencapai sasaran, di Marang juga tidak mencapi matlamat,"kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan Negeri, Mohamed Awang Tera.


Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Sidang DUN pada 22 Ogos.

Ketua Pemuda PAS Terengganu itu meminta kerajaan negeri menjelaskan berapakah kedai T-Shoppe yang telah dibuka di seluruh negeri Terengganu dan berapakah yang telah ditutup

T’Shoppe dikelola anak syarikat Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) iaitu Cakna Sdn. Bhd., dikatakan menyediakan hampir 200 jenis produk tempatan seperti minyak urut berasaskan herba, cuka nipah, keropok lekor serta karipap segera dan jus rossele dengan melibatkan 95 usahawan dan syarikat.

Kritikan mula diterima daripad orang ramai yang masuk untuk membeli di T-Shoppe mendapati tidak banyak jenis barangan yang boleh d beli daripada kedai serbaneka itu.

Daya saing T-Shoppe juga rendah berbanding kedai-kedai serbaneka yang telah lama di psaran seperti seven eleven.

Ulasan