Umno berperanan dalam operasi JAIS pada 3 Ogos

KUALA TERENGGANU - Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali memaklumkan perjumpaan PAS dengan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dijadualkan berlangsung pada hari ini 15 Ogos, tidak dapat diadakan.

Menurutnya, dalam surat yang dihantar oleh pihak JAIS yang dihantar kepada PAS menyatakan ia adalah atas nasihat 'Tuanku Sultan Selangor'.

Beliau turut mendedahkan, maklumat dalaman JAIS menyatakan bahawa ada elemen dan peranan Umno dalam operasi JAIS, pada 3 Ogos terhadap majlis yang diadakan di kawasan gereja Methodist Petaling Jaya.

Dato' Mustafa berkata demikian dalam sidang media khas yang diadakan di pejabat perhubungan PAS negeri Terengganu di Jalan Sultan Omar di sini hari ini.

Berita lanjut menyusul>>

Ulasan