PAS Seberang Takir sudah bersedia menggantikan Umno

KUALA NERUS - Majlis Hari Raya PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir yang diadakan pada Jumaat 9 September menolak tanggapan sesetangah pihak, DUN tersebut adalah 'kubu kuat' Umno.

Kehadiran ribuan penduduk pelbagai lapisan ke Majlis tersebut menjadi kayu ukur bahawa PAS Seberang Takir mempunyai kekuatan yang seimbang dengan Umno.

Kedudukan Umno dalam DUN terbabit sebenarnya tidak kuat, namun Umno tidak pernah kalah dalam pilihanraya sebelum ini disebabkan ketidaktelusan undi pos, polis dan tentera.


Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang yakin, sekiranya usaha yang diambil oleh BERSIH diteruskan dan pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melaksanakan pilihanraya secara telus dan adil, DUN Seberang Takir akan bertukar ke tangan PAS.

"Kita yakin, rakyat menyokong kita, kita kalah kerana undi pos polis dan tentera, sekiranya SPR telus dan adil, Seberang Takir InsyaAllah, PAS akan menang di Seberang Takir,"ujarnya ketika ditemui.

Menurutnya, undi pos dalam DUN tersebut berjumlah sekitar 1,500 yang menjadi 'simpanan tetap' Umno, sebenarnya bukan undi sebenar anggota polis dan tentera.

Katanya, berdasarkan pengakuan bekas anggota tentera sendiri, sebagaimana didedahkan, pihak lain yang mengundi bagi diri anggota tentera.

Sehubungan itu, beliau mendesak pihak-pihak berkaitan, termasuk SPR dan Kementerian Pertahanan supaya memberikan hak mengundi sebenarnya kepada anggota tentera, tanpa sebarang tekanan.

"Kita (PAS) mendesak pihak Kementerian Pertahanan supaya berikan hak kepada anggota tentera, mengundi sebenar dalam sistem demokrasi, tanpa sebarang tekanan,

"atau SPR mansuhkan sahaja undi POS sebagaimana tuntutan BERSIH,"ujarnya.

Sebelum itu, ketika berucap meraikan hadirin, beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berharap segala ibadah dalam bulan Ramadhan lalu, diterima sebagai amalan baik.

Bahkan, katanya, ia wajar diteruskan dalam bulan-bulan seterusnya, sehingga bertemu dengan Ramadhan yang akan datang.

"Segala ibadat yang kitakukan dlam sebulan (Ramdhan) itu akan diteruskan, pada sebelas bulan (akan datang), dan kita berusaha meningkatkan dari semasa ke semasa, sampailah kita berjumpa dengan Rmdhan akan datang,"katanya.

Menurutnya, pertemuan seluruh rakyat DUN Seberang Takir yang hadir dalam Majlis tersebut, menunjukkan ikatan dan kekuatan persediaan menghadapi kerja-kerja besar yang mendatang, termasuk pilihanraya umum (PRU) yang akan datang.

"Mudah-mudahan InsyaAllah, pertemuan kita hari ini, akan mengikat kita dengan ukhuwah Islamiah yang membawa kekuatan kepada jamaah dan saf (PAS),

"untuk kita berdepan dengan kerja yang diamanahkan, khususnya mengjadapi kerja-kerja besar selepas ini (pilihanraya umum),"tegasnya.

Ulasan