Terengganu Nelang; Belum pun jadi YB, tapi sudah bergelar jutawan??

 KUALA TERENGGANU - Keadaan hidup pemimpin Umno Terengganu yang 'mata duitan' lazimnya menjadikan gelaran 'Yang Berhormat' sebagai tiket untuk mengumpul harta dan kekayaan.

Sebab itu, perlumbaan 'cah keting' yang terus berlaku dikalangan mereka adalah bagi merebut 'peluang' projek-projek pembangunan untuk menambah 'laba' peribadi.

Justeru, keperluan kewangan bagi membeli 'pengaruh' begitu terdesak di sesetengah kawasan politik.

Selain memberi 'makan' kepada kroni dan suku sakat dikalangan pengikut sendiri, begitu banyak wang diperlukan untuk membeli undi.


Samada undi ketika pemilihan dalaman parti Umno atau membeli pengundi bagi menghadapi pilihanraya umum.

Kegiatan membeli pengundi menjadi-jadi, terutama di kawasan-kawasan di mana Umno kalah, apatah lagi, kalah dalam jangka masa yang panjang.

Sebagai contoh, kekalahan Umno puluhan tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir menjadikan DUN tersebut sebagai 'DUN panas' kawasan membeli pengundi,

Ketika mengulas kedatangan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak ke DUN Manir, Dato' Ustaz Harun Taib berkata Umno membeli pengundi dengan harga RM200 ke atas.

"DUN Manir pada tahun ini, ketua 'musuh' mari sendiri,  jentera Umno pada kedatangan Perdana Menteri, Presiden Umno dan (Pengerusi) Barisan Nasional nak bawa cara (taktik) baru,

"cara baru dia adalah membeli anak-anak muda dengan harga dua ratus ringgit keatas,"ujarnya selaku Penasihat Majlis Tindakan DUN Manir, ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Peringkat DUN Manir, di Markaz Tarbiyah Kubang Lembek, 16 Mei lalu.

Gerakan membeli pengundi di DUN Manir berleluasa, seusai pilihanraya umum ke-12, sejak Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Hulu Terengganu, Yusoff Awang Htam dilantik menjadi Pengerusi Penyelaras UMNO merangkap Pegawai Pembangunan Dun Manir

Beberapa bulan sebelum itu, ada penyokong PAS yang dilaporkan turut menerima RM300 selepas mendaftarkan diri sebagai pengundi melalui Umno Manir.

Dilaporkan, Umno Manir meletakkan sasaran untuk mendaftarkan seramai 1,000 pengundi baru ke dalam DUN tersebut.

Sekiranya, setiap pengundi dibayar dengan harga RM300 seorang, maka ia akan melibatkan kos sebanyak RM300,000.

Memetik tulisan dalam sebuah akhbar perdana, Yusof Awang Hitam bukanlah seorang wakil rakyat, tetapi beliau adalah seorang pemimpin setempat yang sentiasa dilihat akrab mendampingi masyarakat melalui pelbagai gerak kerja.

Pelbagai program yang diadakannya melibatkan perbelanjaan tdak kurang RM50,000 sebulan.

Itu tidak termasuk perbelanjaan besar yang dilaburkan Yusoff membuka sebuah klinik persendirian, walaupun beliau bukan seorang 'doktor'.

Sekiranya seorang pesakit menelan belanja kos ubat sebanyak RM20 seorang, sebagaimana dilaporkan, klinik yang dibuka di Kampung Pulau Bahagia terpaksa diongkosi sebanyak RM4000 sebulan.

Itu belum temasuk kos bagi membayar elaun doktor yang bertugas yang memerlukan sekurang-kurangnya RM80 sejam bagi setiap doktor sebagimana dibayar oleh hospital kerajaan.

Walaupun, Yusoff mendakwa, sekumpulan doktor yang berkhidmat dengannya adalah secara sukarela, namun menurut ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, sehingga kini, tidak ada doktor profesional yang bertugas secara tetap yang tidak dibayar sebarang imbuhan.

Oleh yang demikian, anggaran kasar yang boleh dibuat adalah, Yusoff Awang Hitam yang bercita-cita merampas DUN Manir dari PAS, membelanjakan tidak kurang RM100,000 sebulan.

Persoalannya, dari mana Yusoff mendapat sumber kewangan yang begitu banyak??

Sebenarnya, dalam kes Yusoff Awang Hitam, Umno Terengganu telah memecah rekod baru, apabila dapat melahirkan seorang pemimpin bergelar 'jutawan' walaupun belum menjadi 'Yang Berhormat'.

Berdasarkan rekod syarikat peribadinya, Yusoff telah meraih sekurang-kurangnya 10 projek yang bernilai RM19.4 juta (19,374,341.00) melalui tender kerajaan sejak tahun 2002.

Yang terbaru adalah projek tawaran khas Syarikat Air Terengganu, PEMASANGAN PAIP AIR 300MM GP. M.S. PE DAN 250MM GP. D.I. DARI PASAR MANIR KE BANGGOL PERADONG, MANIR, KUALA TERENGGANU yang bernilai RM1.8 juta

Justeru, tidak hairanlah sekiranya Yusoff berbelanja mewah, menabur wang dalam DUN Manir.

Itu tidak termasuk jutaan ringgit peruntukan Ahli Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya di salurkan oleh kerajaan negeri kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, Dato' Ustaz Harun Taib.

Ulasan