Main bolasepak bukan main golf; tak wajar salahkan ponjaga gol

HULU TERENGGANU - PAS mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bolasepak negeri Terengganu kerana telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan bermain bermati-matian walaupun akhirnya tewas 2-1 kepada Negeri Sembilan.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, ternyata serangan pasukan Terenggnu tidak cukup tajam bagi menggempur kubu pihak lawan,

"serangan pasukan Terengganu tak cukup tajam (sebaliknya) asakan bertalu-talu daripada pihak Negeri Sembilan,   berjaya melemahkan pasukan Terengganu dan akhirnya mengkucar kacirkan pertahanan,"ujarnya yang turut hadir, memberikan sokongan bersama puluhan ribu penyokong Terengganu di Stadium Shah Alam Sabtu 29 Oktober.

Sehubungan itu, beliau menyifatkan pihak yang meletakkan kesalahan kepada penjaga gol yang menyebbkan kekalahan pasukan terengganu adalah mereka yang tidak faham 'semangat berpasukan'.

Menurutnya, bolasepak ada sukan yang dimainkan oleh sebelas orang, bukannya bermain golf yang hanya seorang sahaja bermain.

"main bola sebelas orang, bukan hanya salah penjaga gol menyebabkan gol pertama Negeri Sembilan, kalau 'main golf' bolehlah salahkan dia seorang,"jelasnya ketika ditemui.

Sementara itu, beliau menecam tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menaikan harga tiket perlawanan akhir.

Katanya, ia adalah satu langkah yang sangat tidak wajar, memandangkan keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu.

"Tindakan FAM sangat tidak wajar, sudahlah harga barang-barang naik, harga tiket bola pun nak naik, FAM badan yang sepatutnya memberikan galakan kepada sukan bolasepak, dengan naikkan harga seolah-olah mahu 'hambat' orang dari tengok bola,"katanya.

Manakala, menurutnya, tindakan Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno Terengganu memberikan subsidi harga tiket bukanlah satu penyelesaian.

Katanya, mungkin melegakan sebahagian penyokong tetapi FAM mungkin akan mengambil kesempatan pada masa akan datang.

"keputusan kerajaan memberi subsidi melegakan sebahagian penyokong tetapi (ia) bukan penyelesaian yg terbaik. Ia boleh diekploitasi oleh FAM untuk menaikkan lagi harga tiket (pada) setiap kali perlawanan akhir,"jelasnya..

Ulasan