PAS anjur sambutan 100 tahun pemerintahan Islam di Terengganu

 KUALA TERENGGANU - PAS Terengganu akan menganjurkan program sambutan ulangtahun ke-100 pemerintahan Islam di Terengganu.

Menurut Pesuruhjayanya, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, sambutan tersebut bersekali dengan sambutan ulangtahun ke-60 penubuhan Parti Islam SeMalaysia (PAS).

"Tahun ini genap 100 tahun sejarah pemerintahan Islam di Terengganu (pada) tahun 1911, sekarang 2011, undang-undang Islam tertegak di negeri Terengganu dilaksanakan di negeri Terengganu (pada) zaman Sultan Zainal Abidin (III),


"tahun ini pula perayaan 60 tahun PAS, tubuh 1951 sekarang 2011, cukup genap 60 tahun, jadi kita buat keputusan untuk merayakan (nya),"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Dailog anjuran Jabatan Kerajaan dan Swasta serta NGO, di sini pada Jumaat 28 Oktoober.

Menurutnya, sambutan besar-besaran itu akan diadakan di kawasan 'bersejarah' daerah Hulu Terengganu di mana 'Batu Bersurat' di temui, menandakan kedatangan Islam ke negeri Terengganu.

Sebelum itu, beliau mengesahkan akan hadir memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Terengganu pada perlawanan akhir pertandingan bolasepak piala Malaysia di Stadium Shan Alam pada Sabtu 29 Oktober.

"Esok (29 Oktober) pakat nak gi tengok bola, termasuk saya sendiri Pesuruhjaya (PAS Terengganu), InsyaAllah kami akan masuk stadium (Shah Alam) malam esok,"katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, Majlis Dailog yang dianjurkan adalah untuk mendapat pandangan dan maklumbalas dari golongan profesional berhubung Manifesto pilihanraya umum ke-13 (PRU13) PAS Terengganu.

Menurutnya, PAS Terengganu telah bersedia menghadapi PRU13 dan telah melancarkan Manifetso bertema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan'.

"pertemuan kita pada petang ini, kita (PAS) nak mendengar pandangan-pandangan dalam rangka nak hadap pilihanraya,

"kita telah lancar manifesto, kita nak dengar maklumbalas dan akan
menambahbaikkan ikrar dan janji kita kepada rakyat Terengganu,"tambahnya.

Ulasan