Persiapan HKR-PGU100K berjalan lancar

KUALA TERENGGANU - Persiapan tempat berhimpun program berprestij Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno 100,000 (HKR-PGU100K) ditapak lokasi Pantai Pandak Chendering dekat sini berjalan lancar.

Menurut Ketua Persiapan, Ustaz Soud, sehingga jam 6.30 petang Khamis 13 Oktober, 80% kerja-kerja persiapan telah selesai.

"Bakinya, IsyaAllah pada malam ini (malam Jumaat) dan pagi esok (Jumaat) kita akan bereskan semuanya, dengan kerjasama ahli-ahli dan para penyokong PAS seluruh Kuala Terengganu,"ujarnya ketika ditemui Buletinonline.


Tinjauan Buletinonline mendapati keperluan asas seperti pentas utama, kanopi peserta, kawasan gerai, keperluan tandas dan bilik air telah dibangunkan.

Turut kelihatan ditapak HKR-PGU100K adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Terengganu Cikgu Shukrimun Shamsuddin dan Penolong Setiausaha, Zakaria Dagang, selain Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.

Ulasan