Walaupun di halang, rakyat Terengganu terus bangkit

KUALA TERENGGANU -  Perancangan awal program Himpunan Kebangkitan Rakyat-PAS Ganti Umno (PGU100K) yang akan diadakan di Kampung Tanjung Kuala Terengganu telah dihalang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Namun, menurut Pengarah PGU100K, Ustaz Satiful Bahri Mamat, halangan tersebut tidak dapat menyekat kebangkitan beribu-ribu rakyat Terengganu yang hadir dalam ceramah Pra-perasmian PGU100K di Pantai Pandak Chendering semalam, Jumaat 14 Oktober.


"Walaupun tempat asal program PGU kita di Kampung Tanjung Kuala Terengganu, kita dah naikkan 'banner' awal bahawa PGU akan di adakan disana,

"seminggu sebelum diadakan program ini, Umno dan BN dibawah pimpinan Dato' Seri Ahmad Said telah bersegera menghalang himpunan kita,"katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sebagai tuan rumah.

Menurutnya, kerajaan Umno/BN telah memagar seluruh kawasan pantai Kampung Tanjung kononya untuk pelancaran projek jambatan ke Seberang Takir, sedangkan diketahui bahawa projek tersebut tidak lagi akan dilaksanakan pada masa ini.

Walaupun berpindah tempat ke Pantai Pandak, beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata, ia tidak menghalang kehadiran rakyat untuk bersama-sama kebangkitan PGU.

"Tapi, AlhamduliLlah, kita berpindah ke tempat ini, dan yang penting tidak menghalang rakyat untuk bersama-sama dengan kebangkitan bagi menumbangkan Umno dan Barisan Nasional,"tegasnya.

Katanya, kalau Umno dan BN memagar kawasan tempat PAS mahu melaksanakan program PGU, InsyaAllah pada pilihanraya umum ke-13 akan datang, rakyat akan memagar Umno/BN dari masuk ke Wisma Darul Iman

Ulasan