Islam kekal menjadi agama bagi negeri dan rakyat Terengganu

KUALA TERENGGANU - PAS akan menganjurkan Perayaaan Ulang Tahun ke-100 Perlaksanaan Undang-undang Islam di negeri Terengganu bagi tujuan memberikan peringatan dan pengetahuan tentang wujudnya undang-undang Islam di negeri ini sejak seratus tahun yang lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Negeri Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, perayaaan tersebut akan disambut pada 2 & 3 Januari depan di bandar Kuala Berang.

Katanya, undang-undang yang diberi nama 'Itqani al-muluk li takdi bi as-Suluk' telah ditandatangani oleh Sultan Zainal Abidin ke III pada 2 November 1911 dengan disaksikan oleh Ulamak dan pejuang Islam terkenal, Tok Ku Paloh

"Hari ini sudah masuk 7 November 2011, ertinya sudah cukup 100 tahun dan yang menariknya undang-undang tersebut disaksikan oleh Sayyid Abdul Rahman Ibnu Muhammad al-Idrus atau pun orang Terengganu paggil Tok Ku Paloh,

"Beliau merupakan penasihat kepada Sultan pada itu yang merupakan Sheikhul ulamak ataupun ketua ulamak bagi negeri Terengganu,"ujarnya.

Menurutnya, undang-udang tersebut adalah sangat penting kerana ia menyatakan dengan jelas bahawa agama Islam adalah menjadi agama rasmi kepada negeri Terengganu dan juga kepada rakyat negeri Terengganu.

Beliau berkata, undang-undang tersebut telah menyatakan dengan jelas, Islam akan terus menjadi agama rasmi bagi negeri dan kerajaan Terengganu.

selepas dari itu negeri ini dimasuki atau didiami oleh bangsa yang lain daripada bangsa Melayu atau pun penduduk yang selain daripada penduduk beragama Islam, 

"Dengan undang-undang itu, Negeri Terengganu kekal menjadi sebuah negeri Islam bagi kerajaan dan bagi rakyat yang secara langsung berjalannya perlaksanaan Islam itu sendiri, 

"walaupun selepas dari itu negeri ini dimasuki atau didiami oleh bangsa yang lain daripada bangsa Melayu atau pun penduduk yang selain daripada penduduk beragama Islam,"jelasnya.

Menurutnya, undang-undang tersebut  adalah merupakan undang-undang bertulis yang pertama bagi negeri Terengganu dan yang kedua di Semenanjung Tanah Melayu selepas negeri Johor.

Bahkan, kata beliau, berdasarkan semangat itu, Fasal 3 dalam perlembagaan negara Malaysia yang menyebut Islam sebagai agama rasmi dicatat.

>>>berita lanjut menyusul

Ulasan