Timbalan Pengerusi DHPP Ngeri Terengganu meninggal dunia

KUALA TERENGGANU - Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Negeri Terengganu, Cikgu Tan Eng Hoe, 68, telah meninggal dunia di hospital Nirvana Kuala Lumpur, pagi tadi.

Beliau meninggal akibat sakit jantung dan sedang dalam rawatan lanjutan di hospital tersebut selepas mengadakan pemeriksaan di pusat perubatan Universiti Malaya baru-baru ini.

Mendiang adalah seorang penyokong PAS sejak tahun 1999 lagi dan pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Daerah Dungun sewaktu PAS memerintah Terengganu antara 1999 hingga 2004.


[Gambar - dalam kenangan....... gambar Cikgu Tan yang dirakam Buletinonline seaktu sambutan Tahun Baru Cina 2011]

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sura, YB Ustaz Wan Hassan Ramli, pemergian Cikgu Tan merupakan satu kehilangan kepada PAS khususnya PAS Kawasan Dungun.

"(mendiang) Cikgu Tan adalah seorang yang fasih berbahasa Malaysia dan pandai cakap Terengganu, beliau juga faham tentang adat istiadat orang Melayu Terengganu dan faham tentang asas-asas ajaran Islam,

"beliau banyak membantu PAS dalam hubungan antara kaum, terutamanya dengan kaum Tionghua Dungun, kehilangannya amat dirasai dan sukar unuk dicari ganti,"katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Selain aktif berpolitik, mendiang juga adalah anggota Polis Bantuan daerah Dungun.

Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak, seorang perempuan menetap di Kuala Lumpur dan seorang lelaki di Singapura.

Cikgu Tan akan disemadikan di Kuala Lumpur, lusa, 15 November, atas permintaan isterinya dan sanak saudaranya yang ramai berada di Kuala Lumpur.

Link Mendiang Cikgu Tan :

"Jangan Takut Sokong PAS, Wang Ehsan Bukan Duit BN."kata Cikgu Tan


Ulasan