Ahmad tambah lagi peruntukan projek ada kaitan dengannya


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Umno dan Barisan Nasional melalui pembentangan bajet 2012 memperuntukkan lagi beberapa perbelanjaan bagi projek-projek yang mempunyai kaitan dengan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said.

Bajet yang berjumlah RM1.95 bilion dibentang pada hari Isnin 5 Disember,  meletakkan sejumlah RM9 juta sebagai belanjawan zoo dan taman rekreasi Bukit Takal, Kijal, Kemaman.

Pada tahun lalu (2011) Ahmad Said telah memperuntukkan sebanyak RM20 juta kepada zoo yang dilihat sebagai taman haiwan koleksi peribadinya.

Selain itu, Ahmad telah memperuntukkan projek-projek pembangunan tasik kenyir ciptaannya, sejumlah peruntukan bernilai RM100.4 juta

Pada tahun lalu, melalui bajet 2011, sebanyak RM289 juta telah diluluskan untuk pebangunan tasik kenyir termasuk membangunkan pulau burung RM6 juta, pulau bebas cukai RM80 juta, taman rekreassi eco-resort RM30 juta dan lain-lain.

Melalui bajet 2012, Ahmad menambah lagi peruntukan untuk pulau bebas cukai sebanyak RM70.4 juta dan bajet untuk pelancongan tasik kenyir sebanyak RM30 juta.

Sedangkan tinjauan yang dibuat Buletinonline baru-baru ini mendapati, hampir keseluruhan projek pembangunan pulau-pulau di tasik kenyir kecuali pulau burung, masih belum siap.

Pulau burung walaupun sudah hampir siap namun masih ditutup kepafa orang ramai kerana ketiadaan bekalan tenaga elektrik.

Penjana elektrik tenaga solar yang dibina bernilai kira-kira sejuta ringgit telah pun rosak sebelum ia sempat digunakan.

Manakala pulau bebas cukai yang mendapat peruntukan sebanyak RM70.4 bagi bajet 2012 menjadikan jumlah keseluruhan pulau itu sebanyak RM150.4 juta.

Ulasan