Kurang Sekolah Aliran Agama; sikap ‘pura-pura’ ADUN Umno/BN diselar


BESUT – Peningkatan mendadak permohonan ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah aliran agama di daerah ini adalah kerana kesedaran yang semakin tinggi dikalangan ibu bapa.

Menurut  Timbalan Yang DiPertua PAS Besut, Cikgu Shalahuddin Jaafar (cikgu Solah), ibu bapa yakin bahawa pendidikan agama dapat membentengi pelbagai pengaruh negatif yang sedang menular masakini.


Katanya, pertambahan jumlah penduduk menyebabkan sekolah beraliran agama perlu ditambah sekurang-kurangnya du buah bagi setiap daerah.

“permintaan meningkat mendadak tetapi terpaksa ditolak kerana tempat tidak mencukupi , permohonan sebanyak 1900  tetapi hanya ada 240 tempat sahaja,

“sekolah agama perlu ditambah sekurang-kurangnya dua buah bagi setiap daerah memandangkan jumlah penduduk yg bertambah,

“Ibubpa semakin sedar perlunya pendidikan Islam kepada anak-anak,  pendidikan agama dilihat mampu menyekat pengaruh negatif yang berlaku dikalangan remaja,”ujarnya ketika ditemui.

Beliau erkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar harian yang berkait isu terbabit.

Sehubungan itu, beliau yang juga seorang pendidik dukacita dan kesal dengan tidakan kerajaan negeri Terengganu menyerahkan sekolah-sekolah agama yang  telah wujud sekian lama kepada kerajaan pusat.

Oleh kerana itu, beliau berkata, ibu bapa yang mahukan anak mereka belajar di sekolah agama terpaksa mencari ‘alternatif’ lain bagi menampung keperluan tersebut.

Katanya, ramai yang memilih negeri jiran, Kelantan, kerana terdapat banyak sekolah-sekolah agama rakyat.

“Ibubapa terpaksa hantar anak-anak mereka ke Kelantan kerana di sana terdapat 98 buah sekolah agama,  ramai juga yang hantar (anak) ke Maahad Tahfiz Sains di Tanah Merah dan Kok Lanas di samping sekolah agama di sekitar daerahPasir Puteh,

“Sebab itu kita dukacita apa bila kerajaan negeri menyerahkan sekolah-sekolah agama yang ada di begeri Terengganu kepada (kerajaan) pusat menjadi  SABK,”jelasnya.

Beliau menegaskan, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan negeri Terengganu  mempunai sumber kewangan yang lebih banyak berbanding  Kelantan.

Katanya, bajet yang berjumlah RM2 bilion setahun sepatutnya dimanfaatkan untuk kepentingn rakyat, namun kerajaan Terengganu lebih mengutamakan projek-projek ‘mega’ yang tidak memberi faedah secara langsung.

“Selama 5 tahun sejak 2005, sudah RM10 bilion dibelanjakan, sepatutnya boleh dibina beberapa buah sekolah agama, tapi ia tidak berlaku, perbelanjaan yang begitu besar habis begitu sahaja,”katanya.

Sementara itu, seorang bapa, Zulkifli Yamat, 48 turut merasa dukacita kerana permohonan anaknya untuk memasuki sekolah agama didaerah ini ditolak.

Beliau  yang berasal dari Kampung Air Tawar dekat sini berkata, Terengganu wajar mencontohi kerajaan Kelantan yang menyediakan banyak ruang kepada rakyat untuk mendapat pendidikan agama.

Manakala, seorang lagi bapa pelajar, Satar Jusoh, 43, turut melahirkan rasa kesal kerana kerajaan negeri menyerahkan sekolah-sekolah agama kepada kerajaan pusat.

Beliau yang tinggal di Kampung  Denger berkata, kerajaan negeri perlu menambahkan bilangan sekolah agama, bukan menyerahkan sekolah-sekolah yang telah sedia ada.

“Pitih kerajaan negeri banyak, berbilion ringgit setiap tahun hasil royalti minyak, sepatutnya buat sekolah (agama) baru, tapi ‘nyer’ (dia) serah hok ada doh,”ujarnya.

Mengulas lanjut, Cikgu Shalahuddin menyelar  sikap ADUN Kota Putera, Muhammad Pehemi Yusof yang kononnya prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat.

Sedangkan, kata beliau, selaku wakil rakyat kerajaan Umno dan Barisan Nasional, Pehemi mempunyai keupayaan untuk menterjemahkan hasrat rakyat dengan lebih berkesan.

“Sebagai ADUN Umno/BN, Pehemi sepatutnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri dan beliau boleh mendesak supaya tidak diserahkan sekolah-sekolah agama serta memohon kerajaan membina sekolah-sekolah baru,

“bukan ‘berpura-pura’ tak tahu dan menggunakan media untuk meraih populariti, kononya prihatin kepada masalah rakyat, menjelang pilihanraya umum,”tegasnya.

Ulasan