Pemberontakan dibenarkan dalam Islam?


MARANG - Riuh apabila Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengambil sikap tidak bersetuju dengan pimpinan tertentu dalam isu 'panas' yang berkait degan Datuk Dr Hasan Ali.

Menurutnya, beliau dan pihak Pemuda PAS bertindak sedemikian kerana ada sebab tertentu.

"Apabila Dr Hasan Ali mengaitkan isu Negara berkebajikan, maka (bermakna) ia telah memberontak, sesiapa yang nak memberotak, berontaklah......kerana Allah Maha Pengasih," katanya sambil memetik makna-makna daripada ayat al-Quran dalam Surah Al Hujurat ayat 9 yang bermaksud;


"jika dua pihak daripada orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara kedua-duanya. Tetapi jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka perangilah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah. Jika dia kembali patuh maka damaikanlah antara kedua-duanya dengan adil serta berlaku adillah. sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil"


Nik Abduh berkata, dua puak ini bukan perbalahan politik, tapi berperang berbunuh-bunuhan, namun Allah masih lagi memanggil  dengan nama orang-orang beriman, rahmat dan kasih sayang Allah.

Walaupun, katanya, mereka telah melakukan satu dosa iaitu memecah belahkan umat, Allah hanya lihat dan kemudian, katanya, adalah puak yang ke tiga, iaitu yang hadir untuk mengadili keadaan tersebut

"Maka kewajipan bagi kita puak luar menjadi puak yang ke tiga untuk mendamaikan kedua-dua puak ini,"katanya ketika berucap melancarkan Tabung Pilihanraya Pemuda (TAMPUNG) dan jentera pilihanraya pemuda PAS, pada Jumaat, 23 Disember.

Menurutnya, kaedah untuk mendamaikan puak yang berbalah ialah dengan cara mencari hakim.

Beliau berkata, hakim itu mestilah terdiri daripada ulil amri iaitu Majlis Syura di dalam jemaah (PAS) kerana mereka ialah orang-orang yang layak, yang berilmu dan diberi kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Justeru, katanya, sekiranya berlaku pertelingkahan, jangan kita menghukum, tetapi kita hendaklah memberikan pandangan.

Namun begitu tegas beliau, samada pandangan peribadi atau cadangan umum, jangan sesekali kita gunakan instrumen parti atau alat-alat jemaah untuk menghukum.

Maka sebab ituah, kata beliau, Pemuda PAS mengambil tindakan menegur apabila segelintir pimpinan telah lari dari landasan.

"Saya sebut pada mursyidul am dalam mesyuarat lujnah politik kelmarin kemudian diterima. Alhamdulillah hukuman kelmarin untuk memanggil mereka bertiga dan kembali kepada hukum asal seperti mana nabi buat pada Hatib bin Abi Balta'ah,"jelasnya

Beliau
kemudian menekankan, peri pentingnya tarbiah dalaman kepada semua jentera anak muda, kerana ketika kita belum diuji kita masih mampu untuk melaksanakan ibadah.

"apabila berada di medan juang (pilihanraya) sibuk berkempen, ibadah kita menjadi longgar, Allah akan menangguhkan kemenangan,"tambahnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mohd Sany Hamzan selaku Pengarah Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia dan Ustaz Khalil Abdul Hadi, Ketua dewan Pemuda PAS Marang

Ulasan