Ustaz Irwami dan basikal klasiknya


KUALA NERUS – Dalam pada anak-anak muda masakini merasa ‘glamour’ dengan memiliki dan mengayuh ‘Fixie’, basikal generasi baru yang berwarna warni, Ustaz Irwami Abdul Wahab, tetap berbangga dengan basikal ‘vintage’ yang diwarisinya.

Beliau berkata, seingatannya, moyang beliau menggunakan basikal tersebut untuk mengangkut padi sekitar tahun 1960an.


“Setelah Tok Nyang tak buat padi lagi, dia beri basikal tu ke ‘saing’ dia, jadi saing dia tu buat jual ikan, bila saing dia tu ‘habis umur’ (meninggal dunia) basikal tu ‘sekung’ kat bawah rumah dia,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap, selaku Ketua Kelab Berbasikal Alternatif (Alternative Cycling Club –ACC), dalam Majlis Pelancaran Kelab tersebut peringkat DUN Tepoh, di surau Pak Tuyu, dekat sini pada Jumaat 23 Disember.

Turut hadir dalam Majlis tersebut adalah Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu merangkap Pengerusi Majlis Tindakan DUN Tepoh Ustaz Abu Bakar Abdullah, Ketua Pemuda PAS Kemaman Ustaz Ridhuan Abdul Karim dan Setiausaha Ketua Pemuda PAS DUN Tepoh, SaudaraYusri.

Ustaz Irwami berkata basikal Raleigh tahun 1957 itu kemudiannya beliau ambil dan dibaik pulih.

Kini basikal tersebut, beliau mengayuh basikal klasik itu bersama-sama anak-anak muda berbasikal ‘Fixie’ untuk aktiviti riadhah dan bersantai yang bermanfaat.

Menurutnya, Allah lebih kasihkan orang-orang Islam yang kuat dan cergas berbanding orang-orang Islam yang lemah.

“Yang penting bagi kita, kita mengayuh basikal Fixie atau basikal tua, Allah beri kesihatan kepada tubuh badan kita supaya kita boleh beribadah kepada Allah SWT,

“terutamanya yang melibat pemuda-pemuda dan remaja, jangan kita kata dengan umur muda yang Allah berikan kepada kita, kita tidak beri sumbangan (kepada perjuangan Islam),”ujarnya.

Katanya, Syaidina Omar sewaktu umurnya 11 tahun telah membela Nabi Muhammad SAW, dengan berkorban dan menggantikan RasuluLlah ditempat tidurnya sewaktu peristiwa Hijrah.

Sultan Muhammad Al-Fateh, katanya, baru berumur 21 tahun, ketika memimpin tentera Islam, Berjaya mengalahkan tentera Rom, menawan dan membuka kota Konstantinapel.

****Ustaz Irwami bekas pelajar Abu Bakar Islamic University, karachi Pakistan, bertugas sebagai Tenaga Pengajar di Pusat Pengajian Islam A-Faruqi, boleh dicapai melalui laman facecbooknya Mohd Irwami Abdul Wahab

Ulasan