
Menurutnya, 'bunga-bunga kemenangan' telah kelihatan dengan sokongan khalayak yang begitu ramai hadir dalam program-program PAS, khususnya Himpunan Rakyat 'PAS Ganti Umno' (PGU).
"Soalnya kita mahu menang dalam pilihanraya yang akan datang, bagi saya bunga-bunga kemenangan itu (sudah) nampak, kehadiran orang ramai,
"khususnya pemuda-pemuda dalam program (PGU) di Chendering baru-baru ini,"ujarnya ketika berucap dalam program Pengukuhan Kelab Veteran PAS, di sini pada Sabtu, 10 Disember.
[Gambar - Haji Abdul Wahab Salleh (berbaju biru muda) bergambar bersama saf kepimpinan Kelab Veteran PAS yang baru dilantik. Turut sama Setiausaha Perhubungan PAS Terenggganu, Haji Yahaya Ali]
Oleh itu, bagi memastikan cita-cita menggantikan Umno menjadi realiti, beliau menngesyorkan supaya para Pemuda meningkat aktiviti 'menjual dan mendendangkan' PAS Ganti Umno.
Ulasan