HULU TERENGGANU – Persiapan Sambutan 100 Tahun Itqan
al-Muluk Bi Ta’dil as-Suluk yang akan bermula pada petang Jumaat 6hb
Disember, berjalan lancar.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS yang juga Pengarah Sambutan, Haji Muhyiddin Abdul Rashid, 90% persiapan sambutan di Kampung Gaung telah terlaksana.
“AlhamduliLlah, setakat ini, semua persiapan berjalan lancar, lebih-lebih lagi dengan doa kawan-kawan yang bertungkus lumus (dan) cuaca sejak dua hari ini amat baik,
“kerja-kerja semakin rancak, semua jentera (persiapan) turun ke tapak, saya kira tinggal kerja-kerja yang ‘teknikal’ seperti ‘wiring’(pendawaian elektrik) dan benda yang kecil-kecil,
“benda yang besar dari segi persiapan tapak, hampir 90% selesai,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline selepas menziarahi makam syuhada’ Padang Kachung di Kuala Telemong, dekat sini semalam.
[Gambar - Kru penggambaran filem pendek sempena Sambutan Itqan al-muluk bi ta'dil as-Suluk, merakamkan catatan sejarah di makam syuhada Padang Kachung, Kuala Telemong, semalam]
Beliau yang juga Setiausaha berharap seluruh penduduk negeri Terengganu, khususnya kawasan Parlimen Hulu Terengganu, tanpa mengira pegangan politik, dapat hadir beramai-ramai ke program Sambutan tersebut.
Menurutnya, inilah peluang untuk seluruh rakyat memahami sejarah dan perjuangan rakyat menegakkan Islam di negeri Terengganu.
“saya berharap seluruh penduduk (khususnya) Hulu Terengganu, sama-sama hadir (bagi kita untuk) memahami sejarah sebenar negeri kita,
“(bagaimana) jatuh bangunnya Islam dan bagaimana orang-orang terdahulu memperjuangkan Islam,”jelasnya.

Ulasan