Edar risalah bantah projek jalan lembab


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/DSC_0500.JPGDUNGUN - Sebanyak 3000 keping risalah membantah kelembapan perlaksanaan projek menaiktaraf Jalan Haji Zainal Abidin di Suragate, dekat sini, diedarkan semalam.

Ketua Pemuda PAS Dungun, Sheikh Hanafi Abdul Aziz berkata seramai lima puluh orang tenaga pemuda Dungun bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan WARIS, bermula jam 5 petang 


"Seramai 50 orang telah mengedarkan 3000 keping risalah isu projek menaiktaraf Jalan (Haji Zainal Abidin) Sura Gate yang tak siap-siap, ber;arutan sejak 4 tahun lalu,"katanya ketika ditemui Skuad Buletinonline.

Menurutnya, pengedaran risalah tersebut untuk memberi kesedaran kepada orang ramai sekaligus membantah kelembapan projek tersebut.

Turut sama mengedarkan risalah itu adalah ADUN Sura,  Ustaz Wan Hasaan Mohd Ramly, Timbalan Ketua Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Azman Shapawi dan Pengerusi WARIS Ustaz Roslan Ismail.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita50/photo.JPGMenurut Roslan, laluan utama bandar Dungun ini sewajarnya disiapkan mengikut jadual kerana ia telah mengganggu perjalanan hidup seharian banyak pihak.

"ia (jalan tersebut) wajar disiapkan mengikut jadual kerana telah mengganggu banyak pihakt;  pengguna jalanraya, orangg awam, peniaga, pelajar sekolah dan juga penjawat awam.

"bagi WARIS, edaran (risalah) ini adalah usaha menyampaikan mesej kekesalan kita, kepada pihak berwajib, bagi pihak rakyat agar mereka memberi perhatian segera dan sewajarnya dalam perkara ini,"jelasnya.

Berita terkait;

Jalan 2.17 KM empat tahun tak siap

Ulasan