Gagasan ‘PAS ganti Umno’ Tepat!


KEMAMAN – Gagasan ‘PAS Ganti Umno’ yang ditawarkan oleh PAS kepada seluruh rakyat adalah tepat berdasarkan kajian yang dilakukan bahawa parti yang paling layak menggantikan Umno dalam menjaga orang Melayu adalah PAS.

Ketua Penerangan PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan Umno Terengganu yang menjaja slogan ‘DAP ganti PAS’ sebagai sesuatu yang pelik.

“Macam kita di Terengganu, kita naikkan slogan ‘PAS Ganti Umno’ memang kita telah buat kajian, kalau nak jaga soal Melayu, soal Islam, soal bangsa (dan) Negara, yang mampu ambil alih peranan Umno ialah PAS,

“PAS lawan dengan Umno, takkan PAS lawan dengan Umno menang DAP, di Terengganu lagi pelik, puak-puak Umno naik slogan DAP ganti PAS (sedangkan) DAP satu kerusi pun tak bertanding,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan 60 Tahun PAS Peringkat Kawasan Kemaman di Dataran Mak Chili, di sini pada jumaat 26 Januari.

Ulasan