Pusat pemindahan banjir tiada bekalan elektrik!


SETIU – Lima puluh orang mangsa banjir di Kampug Hulu Seladang dala, kawasan Dewan Undangan Negeri Permaisuri dekat sini terpaksa menggunakan lilin kerana balairaya yang menjadi pusat pemindahan tiada bekalan elektrik.

Mereka terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir tersebut pada Isnin 16 Januari, apabila rumah mereka dinaiki air.

Menurut Ketua PAS Cawangan, Azizan Abdul Rahman, bekalan elektrik balairaya tersebut telah lama dipotong oleh pihak Tenaga Nasional (TNB).


“Orang kampung pindah dalam keadaan gelap, terpaksa pasang lilin, balairaya dah lama dipotong (bekalan elektrik) kerana tak bayar bil,”katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, penduduk kampung yang terjejas akibat air bah itu telah dibahagi dua, orang perempuan dan kanak-kanak kekal dibalairaya itu, manakala orag lelaki ‘menunpang’ di markza PAS.

Tinjauan Buletinonline ke kampung tersebut mendapati meter bekalan elektrik tiada kerana teah ditanggalkan oleh pihak TNB

Aziza berkata pihak TNB ‘memecat’ meter tersebut apabila pihak Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kamung  (JKKK) yang diamanahkan menjaga harta kerajaan itu, gagal menjelaskan bayaran elektrik.

Sehubungan itu, seorang peniaga, Ali Abas, 66, (gambar bawah kanan) menawarkan dirinya untuk menjelaskan bayaran elektrik yang tertunggak dengan syarat kerajaan memberikan kuasa kepadanya unttk menguruskan balairaya itu.

Bahkan beliau sanggup membayar bil elektrik pada setiap bulan, seumur hidupnya, sekiranya pihak berkuasa setuju dengan cadangan beliau.

“biar ‘kawe’ bayar lah, kawe  sanggup bayar beraa banyak pun, asal demo beri ke kito untuk urus balairaya tu, kawe sanggup nak bayar bil elktrik setiap bulan, seumur hidup kawe,”jelasnya

Sementara itu, menurut penduduk setempat, kejadian tersebut adalah amat memalukan dan menyusahkan orang kampung.

Seorang pnduduk, Wan Jais Wan Mohamad berkata, ia juga ‘mencurigakan’kerana kerajaan negeri Terengganu telah meluluskan peruntukan yang besar pada setiap tahun untuk tujuan pentadbiran dan pengurusan.
“ia tak sepatutnya belaku, JKKK tak mampu bayar bil elektrik. Mana perginya peruntukan pentadbiran yang besar yang diluluskan keajaan pada setiap tahun?,’soalnya.

Beliau memaklumkan bahawa Pengerusi JKKK kampung itu bukan dilatik dikalangan penduduk, namun dipilih oleh kerajaan Umno bukan anak kariah yang bermastautin di situ.

Ulasan