DUNGUN - Bersandarkan kepada sambutan orang ramai
terhadap program-program PAS sebelum ini, Timbalan Peresiden PAS, Haji
Mohamad sabu yakin PAS akan kembali memerintah selepas pilihanraya umum
ke-13 akan datang
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan
ceramah pada majlis ceramah sempena sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS
Negeri Terengganu dekt sini, Khamis 19 Januari.
"Saya nampak sambutan rakyat Terengganu kepada program-program
PAS begitu hebat sekali terutama dikalangan anak-anak muda yang bukan
ahli PAS,
saya berkeyakinan penuh, InsyAllah pilihanraya akan
datang, Terengganu akan dimenanangi semula oleh PAS dan Pakatan Rakyat
berdasarkan mood rakyat yang ada sekarang,"tegasnya.
Beliau
berkata, ukuran yang beliau berasaskan bukan orang PAS yang kerana
menurutnya sekiranya semua orang PAS yang datang, tidak ada nilai
tambah.
Menurutnya, peningkatan sokongan kepada PAS adalah kerana
pendekatan pelbagai yang dilaksanakan selain dari kelemahan
pemerintahan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

0 comments:
Catat Ulasan