Anak Terengganu rasmi dilancarkan pada 9 Mac 2012


BESUT – Badan bukan kerajaan Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) peringkat negeri Terengganu akan dirasmi dan dilancarkan pada satu majlis besar-besar yang akan diadakan pada Jumaat 9 Mac depan di Felda Kertih 2.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan peringkat negeri Terengganu (Anak Terengganu) Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata Majlis Pelancarannya akan dimulai dengan jamuan rakyat pada jam 3 petang.

Beliau berkata selepas itu, Pengerusi Anak Mazlan Aliman akan menyampaikan ucapan diikuti dengan majlis taklimat isu-isu berkaitan Undang-undang dan Felda.

“Majlis akan bermula sebaik lepas solat Jumaat dalam jam 3 petang dengan jamuan rakyat, lepas itu Pengerusi Anak Mazlan Aliman akan berucap dan diikuti taklimat Felda dan undang-undang yang akan disampaikan oleh seorang peguam,”ujarnya kepada Buletinonline.

Menurutnya, kemuncak majlis adalah perasmian dan pelancaran Anak Terengganu pada sebelah malamnya yang akan disempurnakan oleh presiden PAS, Dato’ Seri Tuan guru Abdul Hadi Awang.

Justeru, Cikgu Shalahuddin menjemput dan mempersilakan semua anak-anak Felda dari seluruh negeri Terengganu khususnya dan warga Felda umumnya menghadiri majlis tersebut.

“Saya megambil kesempatan ini untuk menjemput seluruh warga Felda di seluruh negeri Terengganu khususnya anak-anak peneroka Felda untuk sama-sama memeriahkan majlis perasmian dan pelancaran Anak Terengganu,”katanya.

Beliau turut memaklumkan, Anak Terengganu akan membuat program susulan kempen jelajah siri penerangan disetiap Felda di seluruh negeri, khususnya menyampaikan maklumat berkaitan isu-iasu yang melibatkan Felda.

“kita akan atur, selepas pelnavaran ini, siri jelajah penerangan isu-isu Felda ke setiap pelosok Felda di seluruh negeri, khususnya memberi maklumat dan amaran kepada peneroka,

“tentang betapa bahayanya usaha kerajaan Umno menyenaraikan Felda di bursa Malaysia melalui Felda Global Ventures Holdings (FGVH),”jelasnya.

Ulasan