Isu Pelajar Trefound; Yayasan Terengganu dan Kerajaan Umno Tidak Boleh 'Lari'


KUALA TERENGGANU – Yayasan Terengganu dan kerajaan Umno Terengganu tidak boleh melepaskan tanggungjawab dan ‘cuci tangan’ begitu sahaja terhadap isu yang membabitkan pelajar Kolej Trefound Educare Sdn Bhd.

Skuad Buletinonline menerbitkan berita ‘Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu’ pada Khamis 2 Februari.

Pada hari yang sama pelajar Trefound terbabit turut memanggil satu sidang media sekitar jam 11 pagi dan mengadakan sidang di pejabat pengurusan Trefound Educare-YT sendiri, Tingkat Empat, Bangunan Yayasan Terengganu di Jalan Sultan Ismail.

Wakil pelajar terbabit, Syed Husain Solahuddin Syed Hassan, 21, dari Kampung Paloh berkata beliau telah bosan dengan janji-janji yang tidak ada kesudahan serta bimbang masa depan pengajiannya.

Sebab itu, katanya, beliau dan rakan-rakaya mengambil keputusan memanggil pihak media sekitar bagi membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Isu membabitkan pelajar Trefound yang dianiyai adalah isu ‘real’  kerana pada pagi yang sama, pihak Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) membuat satu kenyataan kepada Utusan Malaysia berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, ada pihak yang cuba memfitnah pemimpin PAS dengan menerbitkan satu video klip yang memaparkan percakapan Pengarah Yayasan Terengganu sendiri, Zakaria Yusof.

Video tersebut yang bertajuk ‘PAS putar belit Isu Elaun serta Pemberian Laptop Pelajar Trefound’  disyakki diterbitkan oleh pihak yang sama menciplak Buletinonline.

Video klip selama 56 saat tersebut dimuatkan dalam laman you tube ‘Hotlinebulletin’.

Walaupun mungkin, pihak yang menerbitkan video tersebut merasakan dirinya ‘cerdik’ tetapi sebenarnya ia adalah sebaliknya.

Cubaan mengheret pemimpin politik khususnya PAS dalam isu pelajar Trefound, tidak menjadi,  apabila  Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) menyebelahi pelajar Trefound dalam kenyataannya ‘Jangan Tutup TE yang diterbitkan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia.

Penerbit video tersebut juga tidak sedar, terdapat satu video klip rakaman yang mendedahkan percakapan antara Pengarah Yayasan Terengganu dengan para pelajar Trefound dalam peristiwa “Pelajar Trefound Serbu Pejabat Pengarah Yayasan Terengganu”.

Justeru pihak  Yayasan Terengganu yang diketuai Pengarahnya Zakaria Yusuf mestilah bertanggungjawab dan melunaskan tuntutan pelajar sebagaimana janji anak syarikatnya Trefound Edu Care Sdn Bhd dalam surat tawaran kepada pelajar berkenaan.

Ulasan