Tuduhan ‘PAS Parti Ajaran Sesat’ DiLapor Kepada Pesuruhjaya JHEAT


KUALA TERENGGANU – Selepas membuat laporan polis pada Rabu 14 Februari lalu, hari ini Ahad 19 Februari, PAS membuat laporan terhadap tuduhan ‘melampau’ PAS parti ajaran sesat oleh Menteri Besar Terengganu kepada Jabatan hal Ehwal Agama (JHEAT) pula.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata beliau yakin Dato’ Seri Ahmad Said melanggar Seksyen 38(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

“Laporan dibuat dibawah Seksyen 38(1) dan Syeksen 51, (Ahmad said) boleh disiasat dibawah kedua-dua seksyen (tersebut), 

“Dato’ Ahmad Said juga tertakluk dengan undang-undang ini dan kita yakin bahawa dia buat kealahan dibawah undang-undang ini,”ujarnya dalam sidang media selepas menyerahkan laporan kepada Pesuruhjaya JHEAT Tuan Haji Mohd Razali Salleh.

Menurutnya, laporan yang dikemukakan kepada pihak berkuasa agama itu adalah untuk kebaikan umat islam Islam di Negara ini.

Beliau menegaskan, PAS sehingga kini tidak pernah disenaraikan dalam kumpulan ajaran sesat yang sama umpama kumpulan Ayah Pin dan Mat Laksamana.

Katanya, PAS bukan sahaj menyatakan bantahan dan tidak puas hati, tetapi PAS takut tuduhan Pengerusi Perhubungan Umno negeri Terengganu itu akan membawa huru hara kepada umat Islam.

“kalau misalnya dia (Ahmad) menggunakan perkataan ‘meyeleweng’ atau perkataan ‘PAS tidka betul’ ke, itu lebih luas sikit, tapi (dia guna) ‘ajaran sesat’ (atau) ajaran salah,

“dalam bahasa Melayu ‘tak leh gi doh’ (tak ada lain makna) melainkan (bermakasud) golongan itu terkeluar daripada Islam atau ‘kafir’ maknanya dengan cakap (bahasa) mudah,”jelasnya.

Namun begitu, Ustaz Abu Bakar berkata Ahmad mesti berfikir dan menarik balik kenyataannya pada bila-bila masa keana tidak rugi kalau dia berbuat demikian.

Oleh itu, beliau berkata, PAS akan melakukan kempen membersihkan nama parti itu dan mengambil perjalanan untuk memberi penerangan serta memmahamkan masyarakat bahawa perjuangan PAS adalah perjuangan yang benar.

Turut mengiringi beliau adalah Bekas Pesuruhjaya JHEAT Dato’ Tengku Hassan Omar, Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz wan Sukairi Wan Abdullah dan peguam Fathi Aziz dari tetuan Aziz & Co.

Ulasan