Dari Mana Sumber Membina Bangunan Baru Umno Kemaman?


KUALA TERENGGANU – Pembinaan bangunan baru Umno bahagian Kemaman telah mencetuskan persoalan yang tidak terjawab, dari manakah sumber wang yang diperolehi bagi menyiapkan lima unit kedai setinggi tiga tingkat itu?

Bangunan baru yang sedang dalam pembinaan diatas Lot PT 510 – 516 adalah tapak bangunan lama Umno bahagian Kemaman yang dirobohkan.

Menurut sumber dalaman, bangunan tersebut yang kini memasuki fasa akhir pembinaan menelan kos tidak kurang RM5 juta ringgit!

Sumber tersebut memaklumkan kepada Buletinonline, Ketua Bahagian Umno Kememan Dato’ Seri Ahmad Said yang bersungguh-sungguh mahu membina bangunan baru tersebut.

Namun begitu, Ahmad Said yang juga Menteri Besar Terengganu tidak dapat memberikan jawapan yang tepat apabila dipersoalkan dari mana sumber wang RM5juta yang mengongkosi pembinaan itu diperolehi.

“Ia menyebut ia adalah sumbangan, tapi dari mana dan dari siapa, tidak diberitahu,”ujarnya ketika ditemui.

Desas-desus yang kedengaran, sumber kewangan tersebut adalah ‘wang panas’ yang disumbangkan oleh ‘kroni-kroni’ yang berada dikeliling Ahmad.

Sebelum ini, ramai pihak yang menyebut bahawa Ahmad Said mempunyai rakan-rakan ‘kroni’ dari kalangan kawan-kawannya berbangsa Cina yang dikenali sebagai ‘AYam, AGu dan Tikus’.

Seorang Usahawan di daerah Kemaman, Haji Zulkifli Md Yakim pernah mengesahkan ‘AYam’ atau nama sebenarnya Ang Chin Yang adalah pemilik syarikat Telok Kalong Construction Sdn Bhd.

Sementara itu, dilaporkan soal siasat keatas Setiausaha Umno Bahagian Kemaman Rosli Ahmad oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah selesai.

Laporan tersebut menyebut pegawai penyiasat SPRM tersebut didatangkan khas dari Kuala Lumpur bagi mendapatkan fakta kes berkenaan agihan peruntukan sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Peruntukan kerajaan negeri telah disalurkan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) daerah Kemaman tetapi tidak disalurkan kepada peserta perarakan Maulidur Rasul itu.

Rosli Ahmad adalah Penyelia Kanan Kemas Daerah Kemaman.

Berita terkait;

AYam Kawan Baik MB Bina Pulau Burung
SU Umno Kemaman DiSoal Siasat?

Ulasan