Muslimat Pertingkat Aktiviti Menangkis Propaganda Umno/BN


MARANG – Muslimat PAS dipelbagai peringkat giat melaksanakan pelbagai program bagi menangkis propaganda Umno dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihanraya umum (PRU) ke-13 yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Menurut Ketua Dewan Muslimat PAS Marang, Hajjah Zarani Othman, arus perubahan dalam kebangkitan anak-anak muda muslimat  yang sedang berlaku akan memenangkan PAS dan Pakatan rakyat dalam PRU akan datang

“Umno dan Barisan Nasional sentiasa mengadakan pelbagai program bagi meruntuhkan (PAS) atau memcahbelahkan (perpaduan) Pakatan Rakyat,

“tetapi dengan kehadiran (yang ramai) pada hari ini dan sokongan anak-anak muda (muslimat) InsyaAllah, akan membawa arus perubahan kearah kemenangan khususnya PAS di negeri Terengganu,”jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlsi Santai Mesra Bersama Catriona Ross Bahrain (Cat) yang diadakan pada Selasa 28 Februari di pinggir sungai Pengkalan Berangan dekat sini.

Katanya, dengan semangat ‘Hijrah’ dan kesudiaan Cat bersama dengan ‘Gelombang Hijau’ akan dapat memberikan inspirasi melaksanakan kerja-kerja pilihanraya.

“Dengan semangat beliau (dan) penghijrahan beliau yang diberi hidayah oleh Allah, yang sanggup bersama kita di pentas ‘hijau’,

“anak-anak muda kita semuanya, InsyaAllah akan bersama ‘Gelombang Hijau’ memenangi pilihanraya umum,”ujarnya.

Lebih 500 orang termasuk muslimin, hadir dalam bersama Catriona yang dianjurkan oleh Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang.

Catriona dalam program ala ‘talk show’ itu menjawab setiap persoalan yang dikemukakan kepada berkisar soal penglibatan beliau dalam dunia seni dan lakonan serta bagaimana perubahan dalam kehidupannya,  setelah kembali memilih Islam sebagai ‘the way of life’.

Ulasan