Pemecatan Wan Mohd Faizul Sebagai Pegawai Tadbir Negeri Tidak Sah


KUALA TERENGGANU - Pegawai Tadbir Negeri Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abas, 37, yang dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 2007, mendapat pembelaan Mahkmah Tinggi Kuala Terengganu di sini, semalam 5 Mac.

Hakim Mahkamah, Dato’ Mohd Yazid Mustafa memutuskan pemecatan Pegawai Tadbir Negeri N41 itu oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Idris Jusoh dianggap ‘salah’ (wrongfull dismissal).

Wan Mohd Faizul sebagai Plaintif  menamakan Kerajaan Negeri Terengganu sebagai defenden pertama dan Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu sebagai defenden kedua.

Ketika membaca keputusan tersebut, Mohd Yazid memerintahkan agar plaintif diambil semula sebagai Pegawai Tadbir Negeri Gred N41 daripada tarikh penghakimannya dan pengesahan plaintif dalam jawatan tersebut tertakluk kepada Perintah Am.

Ulasan