Pukul Ibu Dengan Besen; PAS Mahu Suspek DiTahan Segera


KEMAMAN – Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Chukai, Haji Hanafiah Mat mahu pihak polis menahan segera suspek yang memukul kepala ibunya sendiri ditahan segera kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa malah merupakan seorang anak yang derhaka.


“Kita minta supaya pihak polis menahan suspek terbabit, yang mengancam keselamatan nyawa Mak Cik Zah, bahkan anak derhaka itu mesti diberi pengajaran,

“supaya para ibu lebih dihormati dan undang-undang dapat melindungi rakyat,”ujarya ketika ditemui skuad Buletin selepas menziarahi mangsa di sini Isnin 16 April [Gambar kanan]

Menurutnya, selepas membaca paparan berita berkenaan dalam sebuah akhbar, beliau terus mencari ibu malang itu.

Ketika mengunjungi Mak Cik Zah, beliau diberitahu sebelum ini suspek pernah menjirus kepala mangsa dengan minyak masak dan melomor kepala magsa dengan telur.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, kejadian seumpama itu bukanlah asing berlaku di negeriTerengganu kerana sudah acapkali dilaporkan di dada-dada akhbar.

Hanafiah menyifatkan, suspek adalah mangsa kepada sistem pemerintahan yang mengutamakan keduniaan dan hanya dengan menukar tampuk pemerintahan dapat mengubah keadaan.

Semalam, sebuah akhbar tempatan melaporkan suspek yang dikatakan berang kerana tidak diberikan wang, tergamak memukul kepala ibunya sendiri dengan besen sebelum menghilangkan diri dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Paya Berenjut, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan biadab berkenaan menyebabkan si ibu malang berusia 58 tahun itu tergamam dengan tinda­kan anak lelakinya dan mengalami luka di kepala.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika mangsa berada di rumah bersama anaknya itu yang berumur 29 tahun mendekati mangsa dan meminta wang.

Mangsa memberitahu anaknya bahawa dia tiada wang, bagaimanapun anaknya itu tidak berpuas hati lalu bertindak mengambil sebiji besen.

Sehubungan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abd Marlik Hakim Johar yang mengesahkan kejadian itu berkata, sejurus itu suspek memukul mangsa di bahagian kepala dengan menggunakan besen berkenaan sebelum meninggalkan rumah dan tidak pulang.

“Akibatnya mangsa mengalami luka di kepala dan segera pergi mendapatkan rawatan di hospital. Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Chukai kira-kira jam 2.17 petang,” katanya

Ulasan