Artis Masuk Umno Bukan Satu Penghijrahan


KUALA NERUS – Walaupun saban hari pihak Umno dan Barisan Nasional (BN) melabelkan PAS dengan pelbagai gelaran bertujuan ‘meliarkan’ masyarakat daripada memberikan sokongan, namun rakyat dapat melihat kebenaran dalam PAS termasuk di kalangan para selebriti

Menurut Bendahari PAS Negeri Terengganu, Cikgu M. Shukrimun Shamsuddin, PAS menjemput para artis, penyanyi dan pelakun bersama-sama diatas satu pentas adalah untuk mengajak mereka bersama-sama dengan perjuangan PAS.

Beliau berharap, mereka kekal bersama PAS dalam menggerakkan perjuangan menegakkan Islam.

“Kita (PAS) tidak menjemput dan mengundang mereka untuk menyaynyi atau pun berlakun, mereka sedar mereka datang ke pentas PAS, barangkali mereka tahu dasar perjuangan kita, hendaknya InsyaAllah kehadiran merekapada hari ini, (membuatkan) mereka bertukar-tukar pentas,

“kerana maklumlah pentas kita tidak sama, pentas kita adalah pentas perjuangan,”ujarnya.

Beliau juga selaku Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan kedatangan Mel Wings dan Abby Abadi yang bersama dalam program Santai Bersama Selibriti yang diadakan di Dataran Batu Enam, Selasa malam, 29 Mei.

Oleh itu, beliau menganggap tindakan beberapa artis yang menyertai Umno bukanlah satu penghijrahan kerana mereka tidak meninggalkan kehidupan asalnya.

Menurutnya, ia berbeza dengan selibriti yang menyertai PAS, mereka berhijrah kepada kehidupan yang lebih baik.

Turut sama dalam Majlis tersebut adalah Ketua Penerangan PAS Kuala Nerus Ustaz Ismail Che Dagang dan Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah yang bertindak selaku moderator program.

Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Batu Enam, majoriti golongan muda dan muslimat yag mahu melihat penampilan pelakun drama 'Gerak Khas' Abby Abadi.

Ulasan