
Beliau berkata, terbaru kerajaan Umno-BN Terengganu telah memasuki tanah penduduk Kampung Baru Tetambah Manir dekat sini bagi melaksanakan projek membina balai raya sebelum tanah diwartakan dan dibayar pampasan.
“kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) sudah biasa buat projek, ‘masuk dulu kira kemudian’, melaksanakan projek dengan ‘melanggar’ hak rakyat,
“saya telah diberitahu oleh seorang penduduk Kampung Tetambah, Manir, tanahnya diceroboh sebelum diwartakan dan dibayar pampasan, untuk dibina balai raya,”ujarnya ketika ditemui semalam, Isnin 21 Mei.

Menurutnya, laporan tersebut akan memasukkan beberapa fakta dan kejadian terbaru yang berlaku ke atas penduduk Kampung Banggol Donas.
Beliau juga sedang mengkaji untuk mendapat perintah injuksi dari mahkamah supaya pembinaan jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntong yang melanggar tanah penduduk kampung itu dihentikan.
“Kita akan membuat satu laporan kepada pihak SPRM, dengan memasukkan beberapa fkta dan kejadian terbaru (dimana),
“kita yakin ada penyelewengan dan salah laku serta rasuah yang dilakukan dalam pembinaan jalan tersebut,

Menurutnya, Gempar akan terus mendedahkan salah laku dan salah urus kerajaan Umno-BN Terengganu berhubung dengan pegambilan tanah rakyat secara zalim dan tidak mengikut tata cara yang betul bagi menyedarkan pihak-pihak yang terbabit.
Haji Salleh berkata, kerajaan perlu mengubah sikap dalam melaksanakan sesuatu projek kerana rakyat kini sudah mempunyai maklumat dan mengetahui hak-hak mereka.
Katanya, kuasa sebenar ada pada rakyat dan rakyat akan mengubah kerajaan yang tidak mahu berubah melalui pilihanraya.
Katanya, pada 30 April lalu, seorang penduduk kampung Banggol Donas telah membuat laporan polis ekoran kenyataan bohong Menteri Besar (MB)Dato’ Seri Ahmad Said yang disiarkan sebuah akhbar pada 26 April 2012.
Menurut Haji Salleh, sehingga kita tidak ada respon atau penafian daripada MB menunjukkan pembohongan itu benar-benar berlaku.
Ulasan