Faktor Pengundi Luar; PRU13 Mungkin Lepas Raya


KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata, Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) mungkin selepas sambutan hari raya Eidul Fitri sekitar bulan September, kerana faktor pengundi luar.

Katanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba mengurangkan sokongan pengundi Melayu Islam terhadap PAS dan Pakata Rakyat (PR) kerana kajian terbaru menunjukkan ada perubahan sokongan tersebut beralih kepada PR.

“Ada kemungkinan PRU selepas Eidul Fitri…..kerana pengundi luar, ramie yang dh balik berhari hari, susah nak balik sekiranya buat pilihanraya lepas raya,”ujarnya ketika ditemui

Beliau berkata, apabila ramai ‘perantau’ telah pulang untuk menyambut hari raya Eidul Fitri   mereka mungkin berhalangan untuk pulang sekali lagi sekiranya pilihanraya.

Ia melibatkan perbelanjaan, katanya, selain cuti dan lain-lain sekiranya pilihanraya diisytiharkan pada bulan September.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Dewan Undangan Negeri Terengganu akan mengadakan sidangnya pada 13 Ogos, 2012.

Walaupun siding tersebut hanya berjalan selama sehari, bliau berharap kerajaan Umno dan barisan Nasional Terengganu bersikap ‘jantan’ dengan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

“InsyaAllah, pada 13 ogos depan ada siding DUN Terengganu, jadi kita harap Umno-BN tak lepas tangan, mesti bersikap ‘gentlemen’, jawab semua soalan yang ditanya oleh rakyat,

“rakyat mahukan penjelasan terutamanya perkara-perkara yang melibatkan perbelanjaan ratusan juta wang yang dibelanjakan tanpa rakyat mendapat manfaat sepenuhnya,”katanya.

Menurutnya, antara perbelanjaan yang besar dikeluarkan oleh kerajaan adalah belanja penyelidikan sebanyak RM2 juta.

Sehingga kini, katanya, rakyat mahu tahu kedudukan kajian tersebut dan apakah yang rakyat perolehi dari perbelanjaan jutaan ringgit itu.

Ulasan