‘Tinta Hijau Dari Kaki Bukit’ Belum Mati


BESUT -  Telah berlaku sedikit kekeliruan dan salah maklumat tentang berita kematian seorang blogger yang dikenali sebagai Tinta Hijau Dari Kaki Bukit (Tinta Hijau DKB) sebagaimana tersebar luas di ruang maya baru-baru ini.

Blogger terbabit yang berasal dari Kuala Besut dekat sini, ketika ditemui berkata, beliau measih sihat dan tidak pergi ke mana-mana.


“Yang meninggal dunia sebenarnya ialah Nik Hazman Nik Hashim yang juga facebooker Tinta Hijau bukannya  Blogger Tinta Hijau DKB,

“saya sihat AlhamduliLlah, masih panjang umur, dan duduk di sini (tidak menunaikan umrah ke Mekah),”ujarnya.

[Gambar - Aris Muhammad aka Tinta Hijau DKB berbaju hijau muda dan berkupiah, berdiri dua dari kanan]

Blogger  Tinta Hijau DKB atau nama sebenarnya Aris Muhammad berkata demikian selepas program bincang santai ‘Kuasa Media Baru’ dalam pertemuan Tenaga IT dan Media Kawasan Besut baru-baru ini.

Menurutnya, beliau tidak mengemaskinikan blog beliau kerana masalah talian internet di kawasannya yang menghadapi masalah akibat kecurian kabel.

“saya masih hidup dan dalam keadaan sihat walafiat, cuma agak lama tak ‘update’ blog ni akibat berlaku kecurian kabel TM.

“Sampai hari ini pihak TM masih belum menggantikan kabel yang dicuri,”jelasnya.

Ulasan