Ambil Tanah Rakyat; Bukti Kuari Tidak Wajar DiBuka

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/DSC07916.JPGKUALA NERUS – Tindakan syarikat swasta pengendali kuari mengemuka kan cadangan kepada kerajaan supaya mengambil alih semula tanah rakyat merupakan bukti kuari Bukit Batu Hampar dekat sini tidak wajar dibuka semula.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, kuari tersebut yang telah ditutup 20 tahun kerana ia tidak sesuai dan mendapat bantahan dari penduduk.


Namun demikian, katanya, ia dibuka semula apabila diluluskan oleh bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh kepada Imbuhan Pelangi Sdn Bhd.

Beliau berkata, ketika dipersolakan tindakan membuka semula kauri itu, Menteri Besar Dato’Seri Ahmad Said berkata ia mendapat kelulusan melaui kajian impak alam sekitar -EIA.

Namun sebaliknya, kauri tersebut memohon tanah yang lebih luas menyebabkan tanah milik rakyat dikorbankan.

“Sekarang, syarikat tersebut membuat kertas kerja meminta kerajaan ambil balik tanah rakyat dan beri kepadanya,

“ini bukti sebenarnya kuari itu tidak wajar dibuka kerana ia berada dalam persekitaran kependudukan,”ujarnya.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Terengganu berkata demikian ketika ditemui selepas program menziarahi rumah penduduk dan menyampaikan bantuan dalam DUN Bukit Tunggal pada Jumaat 10 Ogos.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/IMG_9312.jpgPada 29 Julai lalu, Pengerusi Gerakan Pembelaan Tanah Rakyat Terengganu (GEMPAR) Haji Salleh Embong mendedahkan ‘rampasan’ tanah terbaru oleh kerajaan Umno-BN Terengganu melibatkan pengusaha kuari Syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan tanah seluas hampir 30 hektar untuk diberikan kepada Syarikat terbabit yang merupakan syarikat milik ‘orang kuat Umno’ Kuala Nerus.

Mengulas lanjut, Dr. Alias berkata tindakan’rampasan tanah’ tersebut menunjukkan kerajaaan Umno-BN Trengganu bukan mendahulukan rakyat, tetapi mendahulukan syarikat.

“ambil tanah rakyat serahkan kepada syarikat, kerajaan bukan mendahulukan rakyat tetapi mendahulukan syarikat,

“walaupun mungkin pemilik tanah diberi pampas an, di mana mereka mahu membeli tanah yang baru dengan harga yang murah?,”soalnya.

Justeru beliau berkata tanah-tanah rakyat yang dirampas itu wajar diberikan tanah ganti, kerana ia adalah untuk masa depan mereka.

Katanya, walaupun kerajaan mempunyai kuasa untuk mengambil kembali mana-mana tanah untuk kepentingan awam atau perniagaan, namun ia adalah satu kesalahan moral kerana menaikan hak rakyat.

Ulasan