DUN Bukit Tunggal Teruskan Tradisi ‘Ziarah Syaidina Omar’


KUALA NERUS –  Dewan Undangan Negeri (DUN) BukitTunggal meneruskan tradisi menziarahi rumah-rumah penduduk dan memberikan bantuan pada waktu malam apabila setiap kali tiba bulan Ramadhan al-Mubarak.

Menurut Setiausaha Majlis Tindakan DUN (MTD) tersebut, Mohamad Iszeham Mat Ali, kerja kebajikan membantu golongan miskin dan yang kurang berkemampuan itu telah menjadi amalan DUN terbabit sejak 13 tahun yang lalu.

“Sejak PAS menang dan memerintah negeri Terengganu pada tahun 1999, kemudian walaupun tidak menjadi kerajaan pada tahun 2004 hingga 2008 dan selepas itu DUN Bukit Tunggal menang walaupun tidak memerintah Terengganu,

“AlhamduliLlah, tradisi menziarahi rumah-rumah penduduk pada waktu malam-malam bulan Ramadhan di teruskan sehinggaRamadhan kali,”ujarnya.

[Gambar - Atas kanan; ADUN BUkit Tunggal Dr Alias Razak menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas yang buta. Tengah kiri; Setiausaha MTD Bukit Tunggal Moahamd Iszeham Mat Ali. Bawah kanan - Seorang warga emas yang berkemampuan turut diambil 'cakna']

Beliau berkata demikian ketika di temui bersama rombongan ziarah Unit Peti Undi (UPU) Pengkalan Arang pada Rabu malam, 8 Ogos.

Katanya, turut sama pada setiap lawatan yang diadakan adalah ADUN Bukit Tunggal YB Dr. Alias Razak yang juga Timbalan Pesuruhjaya 3 Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Beliau berkata, pada setiap malam tidak kurang 30 buah rumah yang dilawati dan bantuan yang berupa barangan keperluan dapur disampaikan kepada setiap tuan rumah oleh Dr. Alias Razak.

“YB Dr Alias menamakan ziarah ini sebagai ‘Ziarah Syaidina Omar’ mengambil sempena kaedah yang diamalkan oleh Khalifah Islam yang kedua meninjau keadaan hidupnya pada waktu malam,

“beliau (Dr. Alias) sendiri menyampaikan bantuan kepada setiap tuan rumah yang dilawti,”jelas Iszeham.

Mohamed Iszeham yang juga Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat PAS Terengganu berkata, bantuan tersebut adalah dari sumber dana kebajikan MTD Bukit Tunggal hasil derma dan sumbangan ahli-ahli, para penyokong serta para muhsinin.

Ulasan