Lagi Bekas Pegawai Tinggi Polis Akan Sertai PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/datuk%20fauzi.jpgBESUT - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis diRaja Malaysia Bukit Aman, Datuk Fauzi Sa’ari berkata lebih ramai bekas-bekas pegawai tinggi polis akan menyertai PAS dan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat.

Beliau berkata seorang bekas Asistan Komisioner Polis (ACP) yang berpangkat satu bintang bernama Idris Jikun menghubungi dan memberitahu mahu megikuti jejak langkah beliau menyertai PAS.

“tadi saya telefon satu orang lagi (bekas polis) dia orang pencen juga, dia baru naik satu bintang saya ingat (rasa) pangkat dia ACP namanya Idris Jikun,

“pernah jadi OCPD Lahad Datu dan Tawau di Sabah, tapi sebelum pencen dia dapat satu bintang ditukarkan ke Bukit Aman bahagian Forensik,

“dia kata Datuk, saya nak announce (buat pengumuman) tak mahu masuk (PAS) senyap-senyap,”ujarnya.

Datuk Fauzi berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di di belakang Masjid Jerteh, pada Isnin malam 27 Ogos.

Menurutnya, ramai lagi dikalangan kakitangan awam sebenarnya yang menyokong PAS tetapi tidak dapat menyatakan secara terbuka.

Beliau berkata mereka berbuat demikian atas dasar kesedaran dan melihat arus perubahan yang jelas, sedang melanda politik Negara masakini

Lihat dan dengar ucapan Datuk Fauzi di Buletinonline Channel

Ulasan