
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terenggau serta ADUN Wakaf Mempelam, akur dengan nasihat doktor menyambut1 Syawal di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini, bagi mendapatkan mendapatkan rawatan lanjutan.
[Gambar 1 Atas kanan - Setiausaha PAS Terengganu - paling kiri, Haji Yahaya Ali dan Setiausaha Perantau Shuhaimi Embong mengunjungi Haji Wahid pada 1 Syawal]

“Saya baru balik pagi ini dari hospital, AlhamduliLlah Haji Wahid OK, menerima rawatan susulan dari pihak hospital dan diminta berehat dalam beberapa waktu,”ujarnya.
[Gambar 2 kiri - Isteri Haji Wahid, Wan Fatimah Wan Abdullah melayani tetamu yang berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka sempena Eidul Fitri pada 2 Syawal di kediamannya dan gambar kanan bawah, anak Sulong Haji Wahid sibuk menyantuni para tetamu pada majlis yang sama]

Sementara itu, tinjauan Buletinonline pada Majlis Rumah Terbuka yang dirancang pihak Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Wakaf Mempelam sejak pertengahan Ramadhan telah menerima kunjungan ramai.
Anak sulong Haji Wahid , Abdul Halim yang bertindak selaku tuan rumah memaklumkan, tidak kurang 5,000 orang menjadi tetamu meraikan majlis tersebut.
Ulasan