Mengapa Pertahan Projek Sekiranya Bazirkan Wang Rakyat?

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/Sambutan%20H.Raya%20Eidul%20Fitri%20Kaw%20Marang.jpgMARANG – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Limbat menaikkan kain pemidang dimerata tempat mempertahankan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat amat dikesali.

Yang DiPertua PAS Kawasan Marang, Haji Yahaya Ali melahirkan rasa dukacitanya terhadap tindakan YB Alias Abdullah yang dianggapnya sebagai keterlaluan.

“Sebagai bekas wakil rakyat, saya melahirkan rasa dukacita dengan respons berlebihan YB Alias yang naikkan ‘banner’ di merata tempat mempertahankan projek pembinaan Sekolah Menengah ini,

“Isunya mudah saja,  rakyat bercakap tentang duit mereka yang begitu banyak dihabiskan tetapi mereka tak dapat manfaat sampai sekarang,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Jamuan Rakyat Sempena Eidul Fitri PAS Kawasan Marang, di kampong Batu 10 Padang Mengkuang dekat sini, hari ini, 25 Ogos.

[Gambar kiri - Haji Yahaya Ali (duduk paling kiri) melayan tetamu bukan Islam yang turut memeriahkan sambutan Majlis Jamuan sempena Hari Raya PAS Marang]


Menurutnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, SMK  Alor Limbat yang dibina dengan kos RM18,900,000.00 masih belum dapat digunakan sejak tiga tahun lalu kerana disahkan pihak Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) berlaku mendapan tanah dan tidak selamat digunakan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/Mendap%20%283%29.jpgSehubungan itu, beliau menegaskan, rakyat  tidak mahu SMK Alor Limbat  menjadi kes umpama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang tidak dapat digunakan kerana bumbungnya runtuh.

“Rakyat tidak mahu SMK Alor Limbat jadi macam Stadium, sudah lebih 10 tahun runtuh, sedangkan duit mereka (rakyat) ratusan juta ringgit hilang begitu saja!,

“Apa yang kita nak pertahankan sangat tentang projek ini (SMK Alor Limbat)?  Pihak JKR sendiri telah mengesahkan projek ini termasuk dalam salah satu projek sakit,”jelasnya.

Katanya, sesiapa sahaja pun yang melawat projek SMK Alor Limbat itu dan melihat keadaannya, akan mengesahkan bahawa ia tidak selamat untuk digunakan (gambar kanan).

Mengulas lanjut, beliau berkata antara isu-isu yang dikaitkan sebelum ini dengan projek pembinaan SMK Alor Limbat  adalah isu pemilihan tapak yang tidak sesuai kerana kawasan berair.

Selain itu, beliau yang juga bekas Exco Infrastruktur Kerajaan Negeri Terengganu berkata,  ada unsur-unsur penyelewengan pengeluaran kayu balak dan kelemahan pengawasan projek tersebut ketika dibangunkan.

Justeru, beliau berkata, rakyat juga yang akan menanggung kerugian kerana projek tersebut samada ia dibaik pulih atau terpaksa diruntuhkan.

“Akhirnya rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa kerana duit rakyat akan dibazirkan lagi jika projek ini boleh dibaik pulih atau pun ia terpaksa diruntuhkan terus kerana tidak boleh dibaik pulih, 

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita1/respon%20alias%20dollah.jpg“ia akan melibatkankos samada untuk dibaik pulih atau untuk membina sekolah yang lain kerana tidak boleh dibaik pulih kerana terlalu merbahaya,”tegasnya.

Oleh kerana kelemahan urus tadbir kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu, Haji Yahaya berkata, penduduk setempat  menanggung kesukaran dan kos apabila terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah menengah yang lebih jauh.

(Gambar bawah kiri - kain rentang 'banner' respons ADUN Alor Limbat yang dinaikkan di merata tempat mempertahankan projek yang membairkan wang rakyat?]

Ada pun kata beliau, YB Alias Abdullah tidak boleh menafikan kewujudan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Penjara Beruk di kawasan sekitar projek SMK Alor Limbat kerana ada bukti yang jelas.

Menurutnya, sebahagian dari kawasan pembinaan sekolah tersebut berlaku pertindihan dengan kawasan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) pada zaman kerajaan PAS.

“menafikan kewujudan RTB (Penjara Beruk yang bertindih), menggambarkan sikap sombong dan zalim pemimpin-pemimpin UMNO-BN,

“(merekalah) yg membatalkan segala pemberian tanah kepada rakyat (yang dilaksanakan) di zaman kerajaan PAS yang tak sempat dikurniakan hak milik kekal,”tambahnya

Berita Sebelum ini;


SMK Alor Limbat RM19 juta Bakal Runtuh

Ulasan