Menjelang 31 Ogos; Rakyat Menagih Janji


SETIU – Menjelang sambutan hari kemerdekaan 31 Ogos tahun ini dengan tema ‘Janji DiTepati’, rakyat Terengganu menagih janji daripada Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said dan kerajaan Umno-BN Terengganu.

Penduduk Kampung Jelapang Setiu menuntut Ahmad Said mengotakan janji kerajaan negeri bahkan kerajaan Pusat yang mahu memberikan tanah seluas 10 ekar seorang kepada pesawah padi.


[Gambar - Kawasan penanaman padi baru yang kononnya akan menjadikan Kampung Jelapang/ Mak Jintan sebuah Jelapang padi baru negeri Terengganu........ sehingga kini masih dalam keadaan hutan]


Menurut Abdul Rahman Awang, kerajaan berjanji pada hari perasmian pembukaan semula tanaman padi di kampung itu dan diulang semula oleh kenyataan Ahmad Said di Wisma Darul Iman.

“Masa perasmian Pak Lah (Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi) berucap dekat baroh kampung ini kata nak beri 10 ekar seeorang, lepas tu MB Mad Said ‘royak’ pun nak beri 10 ekar seorang kepada setiap petani,’ ujarnya ketika ditemui.

Beliau berkata sehingga kini, bukan sahaja tanah yang dijanjikan untuk diberi kepada para pesawah tidak ditunaikan, bahkan, tanah yang telah diusahakan lebih 30 tahun pula akan dirampas oleh kerajaan.

Katanya, beliau dimaklumkan, kerajaan Umno-BN sudah pun merancang mengambil tanah tersebut bagi dijadikan ‘Mini Estate’ padi.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah Padi Kampung Jelapang, Abdul Raof Mohamad berkata bukan sahaja janji mahu memberikan hak milik tanah yang tidak ditepati, tetapi petani turut menerima tekanan dan diskriminasi.

Katanya, tindakan kerajaan dan pihak jabatan pertanian menghentikan bantuan input menyebabkan pesawah mengalami kerugian.

“mula-mula kononnya nak buka jelapang padi baru, janji nak beri bantuan input baja dan benih selain kemudahan asas, nak bina empangan kecil, sekarang semua janji tidak ditepati,”ujarnya ketika di hubungi.

Beliau yang juga bekas kakitangan Jabatan Pertanian Terengganu merasa sangsi dengan peruntukan sebanyak RM46 juta yang dilapor dibelanjakan untuk projek penanaman padi di Kampung tersebut.

“satu penyata mesti dibentangkan memperincikan apakah perbelanjaan yang terbabit dalam projek pembukaan semula kawasan padi kampung Jelapang,”tegasnya.

Ulasan