3000 Bantah penerbitan filem ‘Innocence of Muslims’

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/3000%20bantantah%20hina%20nabi.jpgMARANG - Kira-kira 3,000 orang hadir dalam bantahan terhadap penerbitan video yang menghina Nabi  Muhammad SAW diketuai oleh Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah di masjid Rusila, Marang, sebaik selepas solat Jumaat hari ini 14 September.

Presiden PAS turut hadir dan menyampaikan ‘Amanat’ penting dalam bantahan terhadap filem berjudul ‘Innocence of Muslims’ itu.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan tegas, melarang mana-mana pihak menghina batang tubuh Nabi Muhammad SAW.

Menurutnya, tindakan menghina Nabi agung SAW bermakna melanggar ‘lampu merah’ dan tidak dibolehkan sama sekali.

Bahkan, kata Ustaz Abdul Hadi, ada ulama’ yang berpendapat jika batang tubuh Nabi SAW dihina, umat Islam boleh ‘bertindak’ tanpa perlu dibawa ke mahkamah.

“Hari ini kita (umat Islam) berkumpul bersama seluruh umat Islam untuk menyatakan bantahan kepada satu filem yang sengaja diterbitkan untuk menghina peribadi Nabi Muhammad SAW dan menghina umat Islam.

“Manusia yang dipilih oleh Allah SWT, bukan dipilih melalui pilihan raya. Tuhan (Allah) sendiri yang pilih, bila kita (manusia) tolak orang yang Tuhan pilih bermakna tolak Tuhan. Ini satu dosa yang sangat besar.

“Saya bagi pihak PAS telah buat kenyataan rasmi semalam (13 September) meminta dihantarkan (bantahan) ke Kedutaan Amerika supaya yang pertama yang melakukan kesalahan mesti meminta maaf.

“Kedua, kerajaan Amerika mesti bertindak supaya membatalkan filem itu dan bertindak terhadap mereka yang melakukan kejahatan (hina) ini,” tegasnya.

Turut hadir Ketua Pemuda PAS Marang, Ustaz Mohamad Khalil Abdul Hadi yang juga Wxco Dewan Pemuda PAS Malaysia.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/presiden%20pas%20bantah%20hina%20nabi.jpgSehubungan itu, katanya Islam turut melarang umatnya melakukan perkara yang sama termasuk tidak boleh menghina Tuhan-tuhan kepercayaan agama lain.

“Kita orang Islam dilarang menghina Tuhan-tuhan agama lain sehingga dia (bukan Islam) menghina Tuhan kita semula. Walau pun, kita kata Islam kita betul tetapi tidak boleh menghina Tuhan agama lain.

“Berhujah (debat) dibolehkan untuk mencari kebenaran. Sehingga hari ini, mereka (agama lain) tidak boleh berhujah dan kalah jika berhujah dengan Islam,” jelasnya.

Namun, kata Dato’ Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang insiden penghinaan itu telah menyatukan umat Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan Nabi SAW.

Menurutnya, sejak timbul isu penghinaan tersebut umat Islam bangkit di seluruh dunia yang selama ini Islam terpinggir.

“Apa yang berlaku hari ini, (penghinaan) menyatukan umat Islam di seluruh dunia. Mereka (Islam) bangkit dan melakukan tunjuk perasaan di mana-mana seluruh dunia. Di Mesir, tunjuk perasaan telah berlaku dua hari dua malam.

“Anak-anak muda di Mesir bergilir makin hari, makin ramai. Hari ini (Jumaat) mereka anggarkan berkumpul satu juta orang penunjuk perasaan berkumpul di Mesir,” ujarnya.

Namun, katanya sehingga hari ini, kerajaan yang membuat kenyataan rasmi membantah ialah kerajaan Mesir, Afghanistan, Iran, Libya dan Yaman.

Manakala, katanya, kerajaan-kerajaan umat Islam lain ‘bisu’ dan belum lagi membuat sebarang kenyataan rasmi bantahan.

“Bantahan itu bukan sahaja dibuat oleh orang Islam, bantahan juga dari Vatican City Rome, Italy iaitu Pusat Kristian Katolik, dari Yahudi Ortodoks dan beberapa kumpulan agama yang lain. Yang tidak bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh kumpulan (penerbit filem) ini,” jelasnya.

Hadir sama dan berucap pada majlis tersebut adalah Pengerusi Pengerusi Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) cawangan Terengganu, Umar Abu Dardak Suhaimi.

Ulasan