Jamuan Raya; Ribuan Hadir Isyarat Jelas PAS Sedia hadapi PRU

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/open%20house%20bkt%20payong1.jpgMARANG - Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah berharap jamuan 'Rumah terbuka' sempena sambutan Aidilfitri yang diadakan dapat mengeratkan lagi hubungan baik antara penduduk dan pemimpin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong berharap suasana yang harmoni serta hubungan baik antara satu sama lain dapat melahirkan masyarakat muafakat di kawasan DUN berkenaan.


Ustaz Mohd Nor berkata demikian ketika ditemui dalam kemeriahan sambutan Aidilfitri yang di adakan di kawasan bersebelahan Pasar Kedai Buluh, Pekan Kedai Buluh di sini, pada Sabtu 1 September.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/open%20house%20bkt%20payong2.jpgPara pengunjung kebanyakkannya penduduk kawasan DUN Bukit Payong yang hadir pada majlis tersebut, dihiburkan dengan persembahan silat diikuti ucapan ringkas Ustaz Mohd Nor.

Lebih 5000 orang hadir pada jamuan yang bermula sejak jam 10 pagi hingga 2 petang itu.

Kunjungan pelbagai lapisan masyarakat yang bertali arus membuktikan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap PAS di Dun berkenaan dilihat semakin meningkat dan bertambah kuat serta tidak akan tergugat.

Kehadiran ribuan ahli dan para penyokong PAS juga merupakan isyarat jelas kepada Umno dan Barisan Nasional bahawa PAS sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Kali ke-13, yang dijangka diadakan pada bila-bila masa sahaja.

Ulasan