Jangan Telan Maklumat Radio dan TV 'Bulat-bulat'

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/IMG_1338.jpgMARANG - Dalam suasana menghampiri pilihanraya, rakyat mempunyai pilihan samada membiarkan segala macam bentuk kerosakkan, jenayah, peyalahgunaan kuasa dan penyelewengan atau mengambil satu sikap berani untuk membuat perubahan.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali bekata, orang-orang Melayu Islam tidak boleh membiarkan diri mereka dipatuk dua kali oleh ular dari lubang yang sama.

Oleh itu, menurutnya, rakyat boleh memilih satu kuasa baru yang memerintah samada di peringkat negeri atau pun peringkat persekutuan bagi kehidupan yang lebih baik untuk masa depan.

"kita ada pilihan samada kita tiak serik dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita ini, atau pun kita mesti mengambil satu sikap memberanikan diri untu membuat perubahan,

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita4/IMG_1365.jpg"kita membuat pilihan untuk satu kuasa baru yang memerintah kita di peringkat negeri terengganu ataupun di peringkat pusat,"ujarnya.

Beliau mempersoalkan, mengapa rakyat tidak boleh membuat perubahan sedangkan PAS dan Pakatan Rakyat menawarkan perubahan yang lebih baik berbanding Umno dan Barisan Nasional.

Beliau yang juga Yang DiPertua PAS Kawasan Marang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jauan yang danjurkan oleh Unit Peti Undi (UPU) Kampung Gelugor, dekat sini, pada Sabtu 22 September.

Justeru, beliau menyarankan supaya rakyat khususnya penduduk Kampung Gelugor, dapat membuka fikiran dan berbincang selaku anak beranak dan saudara mara.

Katanya, janganlah apabila mendapat maklumat dari sebelah pihak, khususnya dari televisyen dan radio, lalu mempercayainya 'bulat-bulat'.

"Saya berharap atas nama Kampung Gelugor, UPU Gelugor yang ada hubungan keluarga dan anak beranak, kita berpakat, kita bertukar-tukar maklumat dan berbincang,

"jangan apabila kita mendengar TV dan radio, kita telah bulat-bulat kerana ia adalah perkara yang tidak baik menurut Islam,"jelasnya.

Antara ribuan yang turut menjadi tetamu pada Majlis Jamuan tersebut adalah Bendahari PAS Terengganu, Cikgu Shukrimun Shamsuddin, bekas Pengarah Pertubuhan peladang Haji Abdul Rahman Taib dan Setiausaha Persatuan Ank-anak Terengganu di Perantauan Shuhaimi Embong serta Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing

Ulasan