Kelakarnya! Mad Awang Tera Nak Tanam Sawit di Susunatur Mak Lagam

  • PDF
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/padang%20golf.jpgKUALA TERENGGANU - Samada kerajaan Umno-BN yang tersalah beri atau Datuk Mohamed Awang Tera yang buat lawak? Bagaimana boleh kerajaan memberikan tanah yang salah kepada Exco kerajaan negeri yang juga ADUN Chukai itu?


Menurut kenyataan Mad awang Tera sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar tempatan baru-baru ini tanah seluas dua hektar di Mukim Banggol bagi tujuan penanaman kelapa sawit itu diperoleh dengan kelulusan Kerajaan Negeri sebagai anugerah kepada wakil rakyat, sebagaimana 12 Adun yang memperoleh anugerah sama sebelum ini.

Katanya, anntara wakil rakyat yang telah diluluskan permohonan tanah adalah Adun Kuala Berang, Mohd Zawawi Ismail; Adun Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar; bekas Adun, Datuk Mohamad @ Abu Bakar Ali; Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh; Ahli Parlimen Besut, Datuk Dr Abdullah Mat Zain; Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad; Adun Batu Rakit, Khazan Che Mat; Adun Bukit Besi, Datuk Din Adam; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Nor Othman; Adun Ajil, Datuk Rosol Wahid dan Adun Kemasik, Ir Rosli Othman.

Sehubungan itu, pada pembentangan bajet bagi tahun 2012 yang bertema ‘merakyatkan pentadbiran dan pembangunan’,  Menteri Besar telah pun menyebut antara usaha yang akan diambil merancakkan pembangunan bandar dan luar Bandar adalah menyedia kemudahan infrastruktur dan utiliti terancang.

Bagi menjayakan usaha itu, bajet tersebut telah meluluskan RM24.5 juta untuk pembinaan parit dan longkang bagi kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk susunatur Mak Lagam.

"Dalam menyediakan kemudahan infrastruktur dan utiliti yang terancang RM24.5 juta diperuntukkan untuk pembinaan dan penyelenggaraan parit serta longkang dalam kawasan PBT dan sistem saliran di Susunatur Mak Lagam, Kemaman.

"Program ini bertujuan menyelesaikan masalah banjir dan longkang tersumbat yang sering berlaku di musim tengkujuh,"ujarAhmad Said sebagaimana yang tercatat dalam ucapan bajet berkenaan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/ST833655.jpgMengapa susunatur Mak Lagam diletakkan sama pembangunannya dengan pihak berkuasa tempatan yang lain? Yang perlu ditingkatkan infrastruktur serta utiliti dan salirannya sekiranya untuk ditanam kelapa sawit!

Kalau kita perhatikan melalui peta pembangunan sebuah taman perumahan (lihat gambar) jelas kepada kita bahawa sebenarnya Mak Lagam bukanlah satu kawasan pertanian.

Akan dibangunankan pusat-pusat pengajian tinggi seperti Kusza (Unisza) dan UiTM di kawasan tersebut.

Disitu juga ada sebuah sekolah elit yang menempatkan pelajar yang terpilih sahaja mengikuti pengajian, Sekolah Menengah Kebangsaan Mak Lagam.

Selain itu, sebuah sekolah menengah juga telah didirikan tidak jauh dari SMK Mak Lagam, iaiatu Sekolah Menenngah Kebangsaan Banggol bagi menampung pengajian peringkat menengah penduduk setempat.

Sungguh menghairankan! Bagaimana kerajaan negeri Terengganu meluluskan satu tanah yang berkeluasan 2 hektar (5 ekar) kepada Mad Awang Tera dalam satu persekitaran yang sudah dirancang untuk sebuah pembangunan?

Bahkan semua penduduk Chukai khususnya sudah maklum bahawa satu pada golf 18 lubang akan dibangunkan dikawasan yang cukup dekat dengan tanah yang dianugerahkan kepada Mad Awang Tera!

Apakah rahsianya?

Ulasan