Perisytiharan Penting PAS Terengganu di PGU 5.0

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita3/wahid%20lawat%20tapak%20pgu5.jpgSETIU - PAS Terengganu akan membuat satu perisytiharan penting pada program berprestij Himpunan kebangkitan rakyat - PAS Ganti Umno, Kali Ke-5 (PGU 5.0) yang diadakan di pekan jabi disini pada 5 & 6hb Oktober depan.

Pesuruhjayanya YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata perisytiharan tersebut akan menambahkan lagi satu 'ikon baru' dalam perjuangan PAS Terengganu menjelang pilihanraya umum akan datang.

"Kita akan buat satu perisytiharan penting, ada peisytiharan 'ikon baru' tokoh (dari negeri Terengganu) yang akan menyertai PAS bersempena program PGU 5.0,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan ke tapak PGU 5.0 yang terletak di bersebelahan Dewan Sivik Pekan Jabi, dekat sini pada Rabu, 19 September.

Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berpuas hati dengan persiapan awal tapak Himpunan tersebut yang merupakan siri program PAS menggerakkan kebangkitan rakyat bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13.

Program PGU kali pertama telah di adakan  pada 15 Januari 2011 di Dataran Tok Guru Geliga, Chukai Kemaman, pada Januari 2011.

Kali terakhir PGU 4.0 di adakan pada pada 29 hingga 30 Jun lalu, di Kg Padang Mengkuang Batu 10, Jalan Kuala Berang, dekat Taman safiah Murni, Marang.

Sebelum itu, PGU 2.0 telah di adakan di Dataran PGU di belakang bandar Jerteh, dalam kawasan Parlimen Besut pada 18 dan 19 Mac, 2011.

Manakala PGU 3.0 telah dijayakan di Pantai Pandak Chenderin, Kuala Terengganu pada 14 dan 15 Oktober 2011.

PGU 5.0 melengkapkan pusingan Himpunan Kebangkitan Rakyat di setiap kawasan parlimen dengan cadangan PGU terakhir kali ke-7 akan akan di di parlimen Dungun.

Walaupun tidak ada PGU di Parlimen Hulu Terengganu, namun kawasan itu agak istimewa kerana di pilih menjadi tuan rumah Program Himpunan memperingati 100 Itqan al-Muluk bi Takdi as-Suluk, yang diadakan di Kampung Gaung Kuala Berang pada 6 dan 7 Januari, 2012. 

Sementara itu Pengarah Persiapan PGU 5.0 Dr Azman Ibrahim memaklumkan, tanah seluas lapan ekar milik keluarga seorang aktivis PAS akan diguna akai sepenuhnya sebagai tapak PGU 5.0.

Beliau yang juga Pengarah Majlis Tindkan DUN Jabi berkata selain dari 'ikon' yang akan diisytiharkan pada hari PGU 5.0 turut sama akan meneyrahkan borang keahlian PAS adalah 15 orang beka-bekas ahli Umno dalam DUN berkenaan.

Turut serta dalam program lawatan tapak PGU 5.0 bersama Haji Wahid adalah Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, Ketua Keselamatan PAS PAS Setiu Rosdi ibrahim serta para petugas PAS DUN Jabi.

Ulasan