BESUT
- Satu himpunan aman 'Cinta Rasul' telah dianjurkan oleh Dewan Pemuda
PAS Kawasan Besut di perkarangan majid Padang Landak dekat sini seusai
solat fardhu Jumaat hari ini 21 September.
Seramai 500 orang umat Islam telah berkumpul bagi membantah
penerbitan filem yang menghina Nabi Muhammad SAW yang teah muat naik ke
laman sosial you Tube.

Walaupun
telah diberi amaran, laman tersebut masih tetap membarkan pihak lain
memuat naik filem tersebut yang telah menaikkan kemarahan umat Islam
seluruh dunia.

Bahkan,
bukan sahaj filem 'iklan - trailer', Buletinonline dimaklumkan filem
penuh Innocence of Muslim itu dapat di tonton di laman tersebut.
Turut
hadir pada himpunan Cinta Rasul tersebut adalah Ketua dewan Ulamak PAs
Terengganu, Dato' Ustaz Husin Awang, AJK Perhubungan PAS Terengganu Dr
Azman Ibrahim, Yang DiPertua PAS Besut Ustaz wan Azhar Wan Ahmad dan
pimpinan pemuda PAS Kawasan Besut.

Sementara
itu, laporan dari hadapan kedutaan Amerika Syarikat, lokasi Himpunan
Sejuta Umat membantah penerbitan filem yang sama mendapati, pihak polis
telah pun berkawal di hadapan kedutaan tersebut.
Sejurus selepas
selesai menunaikan solat jumaat, umat Islam yang 'Cintakan rasul'
mereka mula bergerak bagi memberikan peringatan kepada pemerintah
Amerika syarikat, agar jangan mempermain-mainkan Rasulullah SAW.
Ulasan