Lebih 50,000 Bnjiri Stadium Sultan Mohammad IV



KOTA BHARU - Gelombang kebangkitan rakyat Kelantan dengan warna-warni kuning, merah dan oren membanjiri Stadium Sultan Mohammad IV pada Himpunan Kebangkitan Rakyat Kelantan yang diadakan sejak petang Jumaat, 16 November, di sini.

Menjelang 'nyawa' Umno dan Barisan Nasional yang akan tamat apabila tempoh hayat pemerintahan kerajaan pusat 'rapat ke dinding' pada bulan Mac, 2013, rakyat terus 'beralih angin' menyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Dihadapan lebih 50,000 khalayak yang berhimpun semalam, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Nahwari Hashim telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli PAS.

Datuk Nahwari dengan rasmi menyerahkan borang keahlianya kepada Mursydul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat.

Turut hadir dalam Himpunan bersempena Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 itu adalah Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ulasan