Kontroversi Empangan Paya Peda RM333 juta; Pecah Atau DiPecahkan??

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda2.jpg

Oleh Editor Buletin

BESUT - Sebuah empangan yang masih dalam pembinaan iaitu Empangan Paya Peda yang dianggarkan bernilai RM333 juta dilaporkan menjadi punca banjir ‘luar biasa’ yang mengakibatkan lebih 2,000 penduduk dipindahkan.

Empangan yang seluas 77 kilometer persegi terletak kira-kira 1.5 kilometer di Hulu Angga Barrage atau 17 kilometer dari Bandar Jertih, Besut itu menjadi kontroversi apabila terdapat beberapa kenyataan yang janggal dan berbeza antara satu sama lain, dikeluarkan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasiaonal (BN).

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata empangan tersebut ‘terpaksa dipecahkan’ untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/paya%20peda1.jpgAhmad mengakui tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun katanya, ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Ahmad mendakwa langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran)," kata Ahmad.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah.jpgBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) pada Selasa 25 Disember.

Kenyataan Ahmad dipetik Bernama dibuat selepas banjir luar biasa melanda beberapa buah kampong di kawasan Dewan Undangan Hulu Besut terutamanya Kampung padang Bual, pada malam sebelum Isnin 24 Disember.

Persoalannya, mengapakah tidak ada sebarang notis atau pemberitahuan yang dikeluarkan oleh sebarang agensi kerajaan sebelum empangan tersebut dipecahkan.

Sekiranya benar dakwaan Ahmad, ia terpaksa dipecahkan, pasti ada prosedur yang dilakukan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku seperti kehilangan nyawa dan harta benda ribuan rakyat di kampong-kampung berhampiran.

Amat mustahil bagi kerajaan Umno-BN yang memiliki sekurang-kurangnya empat atau lima agensi terkait dibawah pembinaan empangan tersebut tidak mengambil tindakan pro-aktif, sebelum ia dipecahkan, kerana hujan lebat telah pun turun sejak beberapa hari sebelum itu.

Tidak munasabah sekiranya segala macam media, samada media cetak dan elektronik yang dimiliki oleh kerajaan Umno-BN gagal membuat  sebarang pemberitahuan sebelum empangan terpaksa dipecahkan.

Agensi-agensi penguatkuasa seperti bomba, polis dan Majlis Daerah Besut pasti sentiasa bersedia untuk mengetuk setiap rumah rakyat, walaupun pada waktu dinihari, untuk memaklumkan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah3.jpgItu tidak termasuk kakitangan Umno yang terdiri dari KEMAS dan JKKK yang boleh dikerah , memberitahu penduduk kampong bahawa empangan akan dipecahkan, bagi mengelakkan sebarang tuduhan dan andaian sebenarnya ia adalah satu tindakan ‘khianat’

Atau ia tindakan ‘bermotif’ politik bagi Ahmad Said yang membawa Sultan Terengganu menjelajah daerah Besut sehari selepas kejadian???

Justeru segala persoalan di atas ditambah lagi dengan pelbagai ‘tanda soal’ apabila Jurutera Projek Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), Wee Yit Ming berkata banjir luar biasa itu berpunca daripada satu bahagian tebing hulu Empangan Paya Peda telah mengalami hakisan hingga berlaku sedikit keruntuhan.

Sekaligus mengesahkan, banjir yang melanda daerah Besut hingga menyebabkan lebih 2,300 penduduk berpindah adalah sebenarnya berpunca daripada limpahan air dari satu aliran Empangan Baru Paya Peda, Hulu Besut setelah ia tidak mampu menampung air hujan yang turun tanpa henti sejak Ahad.

Bahkan kenyataan Wee Yit Ming, menolak sama sekali dakwaan Ahmad yang mengatakan bahawa empangan tersebut terpaksa dipecahkan! dan dakwaan Ahmad tidak benar sama sekali!

"Kajian pihak pengurusan mendapati empangan tersebut tidak mampu menakung peningkatan air limpahan hujan sejak Ahad yang mencecah ketinggian El+25 meter hingga mengalami sedikit keruntuhan di satu bahagian tebing," kata Wee Yit Ming dalam satu kenyataannya pada Khamis 27 Disember.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah1.jpgKenyataan Wee Yit Ming yang juga diterbitkan Bernama dikeluarkan selepas dua hari kenyataan Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Said.

Laporan itu juga,  kata Wee Yit Ming menyebut, ekoran hujan berterusan pada pagi hari berikutnya, paras air meningkat sehingga ketinggian di tahap maksimum di satu bahagian empangan lencongan tersebut.

Justeru, pihak pengurusan mengambil keputusan mengorek sebuah kawasan bagi melencongkan air ke satu kawasan lencongan bagi memastikan takungan air di empangan utama tidak melimpah keluar.

"Ketika pekerja melakukan kerja-kerja pengorekan, datang sekumpulan penduduk menghalang pekerja dari meneruskan kerja

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah2.jpg"Oleh kerana ketakutan, pekerja tersebut telah memberhentikan kerja dan tanpa disedari paras air empangan utama tersebut meningkat ke ketinggian maksimum 28 meter dan menyebabkan satu bahagian daripada empangan utama tersebut terhakis dan runtuh sedikit hingga menyebabkan air melimpah keluar," katanya.

Menurut laporan itu juga, air limpahan kemudiannya mengalir ke Sungai Angga berdekatan dan melimpah hingga ke Kampung Padang Bual, di sini hingga menyebabkan kawasan berkenaan ditenggelami sehingga ke paras bumbung.

Laporan itu juga menyebut pihak pengurusan Ketara telah mengadakan mesyuarat tergempar semalam dan memutuskan satu mesyuarat lanjutan akan diadakan bersama Pegawai Daerah Besut bagi memastikan tidak ada urusan campurtangan daripada penduduk setempat di atas pembinaan empangan berkenaan selepas ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/empangan%20paya%20peda%20pecah4.jpgProjek Empangan Paya Beda yang bernilai RM333 juta itu telah dimulakan pembinaan pada tahun lepas dan dijangka siap akhir tahun 2013. Ia bertujuan membekalkan air kepada 8,000 petani di Besut dan Setiu selain membekalkan sumber air asli untuk kegunaan penduduk daerah berkenaan.
Laman rasmi KETARA melaporkan anggaran kos pembinaan Empangan Paya Peda iaitu sekitar RM 200 juta dan sebanyak RM150 juta telah diluluskan di bawah RMK-9.

Kerja-kerja permulaan seperti penyiasatan tanah, bancian dan topografi telah bermula pada pertengahan 2007 dan Empangan Paya Peda ini dijangka siap menjelang 2010.

Namun pada belanjawan 2010 Perdaa Menteri hanya memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu yang tiba-tiba telah meningkat kepada RM333 juta dan peningkatan kos tersebut dimumkan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said sendiri

"Saya difahamkan bahawa cadangan pembinaan projek ini telah lama dicadangkan semenjak tahun 1996 iaitu dalam Rancangan Malaysia ke-7 dan telah pun dicadang dibina dalam Rancangan Malaysia ke-8 . Malangnya ketika itu, bajet peruntukan tidak diluluskankan oleh Kerajaan maka pembinaan empangan ini tidak dapat diteruskan.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita11/P3210026.JPG"Alhamdullilah , pada tahun ini iaitu pada akhir Rancangan Malaysia ke 9, projek ini telah dapat diteruskan dan dimulakan pembinaannya. Saya bagi pihak Kerajaan Negeri Terengganu amat berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia kerana telah berusaha untuk menyediakan peruntukan yang agak besar iaitu RM 333 juta untuk pembangunan projek Empangan Paya Peda ini,"kata Ahmad Said semasa Majlis Pecah Tanah pembangunan empangan tersebut pada 21 Mac 2010. [Gambar kanan]

Kontraktor Jaks Resources Berhad JV Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. telah diamanahkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia pada 19 November 2009 tetapi menurut catatan CIDB harganya dalah hanya RM 166, 549, 799.42.

Antara Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Jaks Resources Berhad adalah Tan Sri Dato' Seri Law Hieng Ding, bekas Menteri sains Teknologi dan Alam Sekitar kerajaan Barisan Nasional dari tahun 1990 - 2004.

Ulasan