24 Disember 2012

Unit Amal terawal bantu mangsa banjir

KUALA TERENGGANU - Anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS Kuala Nerus antara yang terawal menghulurkan bantuan kecemasan bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang melanda Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, dekat sini semalam .

 Jumlah 28 buah keluarga dari Taman Sri Tanjung dan Taman Darul Iman 6, Kampung Pak Tuyu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tepoh.

   Sebaliknya, tinjauan Squad BO mendapati kelibat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tepoh, Mohamad Ramli Nuh tidak kelihatan sehingga tengah malam

menyebabkan beberapa kawasan rendah mudah dinaiki air selain faktor pembangunan.

Mangsa banjir, Tuan Saidi Tuan Petera, 48, mendakwa setiap tahun terpaksa menghadapi banjir sejak 25 tahun lalu.   Namun, katanya kenaikan air kali ini merupakan situasi paling teruk hingga mencecah paras pinggang di dalam air.

Menurutnya, punca keadaan banjir semakin buruk akibat dari kerajaan menaiktaraf jalan yang lebih tinggi dari asal.  "Setiap tahun saya hadapi situasi banjir seperti ini sejak 25 tahun lalu menetap di sini. kali ini lebih teruk air naik paras pinggang dalam rumah.

"Sebanyak 8 buah rumah di Taman Sri Tanjung dan 20 unit rumah di Taman Darul Iman 6 ditengelami air.  "Buat sementara kami sekeluarga pindah ke Surau Pak Tuyu dan yang lain mungkin ada di Sekolah Rendah Tanjung Gelam," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar pihak berkuasa memperbesarkan sistem saliran air ke muara

Tiada ulasan: