Teka-teki Mengapa Polis, Bukan Tentera Berdepan 'Penceroboh Sulu' Terjawab!

KUALA TERENGGANU - Pengerusi Kerabat Terengganu, Kapt. (B) Zulkifli Muda mendedahkan, dalam taktik peperangan gerila pihak yang bertahan mempunyai kekuatan lebih dari pihak yang menyerang dan mana-mana pihak tidak akan berani mengisytiharkan perang kalau ia tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

"kalau nak serang sesuatu negara takkan (hanya dengan) 200 orang, (untuk menerang) satu kompeni (yang) kekuatan (mengandungi) 360 orang, memerlukan satu brigade (mempunyai kekuatan) 12,000 (tentera)........yang bertahan lebih kuat kerana mereka boleh menggali kubu, mereka boleh memasang perangkap, meyiapkan bekalan makanan dan sebagainya,

"(tidak mungkin) dengan 200 orang mahu menyerang (tentera) satu Malaysia,"ujarnya ketika mengulas serangan yang dilakukan oleh pihak yang menggelar diri mereka sebagai 'Tentera Diraja Sulu' yang didakwa menyerang Sabah.


Menurutnya, Amerika Syarikat yang mempunyai ketenteraan yang cukup hebat pun tidak menyerang Iraq secara terus tetapi memulakan dengan pelbagai sekatan termasuk, sekatan ekonomi, aliran wang dan perniagaan.

Apabila ekonomi runtuh, kata beliau, barulah Amerika berpakat dengan 'kuncu-kuncu' tujuh dan lapan buah negara 'mengganyang' Iraq.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penerangan di Taman Perminta Perdana, Seberang Takir, dekat sini pada Sabtu malam, 23 Mac lalu.

Oleh itu, beliau mempersoalkan, bagaimana orang Sulu menceroboh negara kita, boleh datang begitu sahaja untuk melakukan serangan?

Jawapannya, kata beliau adalah, kerana mereka mempunyai dua kad pengenalan, iaitu kad pengenalan Malaysia dan Filipina.

Oleh kerana itulah, kerajaan Malaysia tidak boleh menggunakan tentera kerana menurutnya, tentera tidak boleh digunakan untuk menyerang rakyat tempatan.

"mereka mempunyai dua kad pengenalan, apabila di Filipina mereka tunjuk kad pengenalan Filipina........selesai masalah, dan apabila mereka mahu masuk ke Malaysia, mereka menunjukkan kad pengenalan Malaysia......macamana orang (mereka) mahu ditangkap,

"yang masalahnya.........adalah 850,000 yang dapat IC (kad pengenalan) yang baru.......kta mungkin tak puas hati (an bertanya) mengapa tentera tidak bertindak (tapi) mana boleh (tentera bertindak),

"(kerana) tentera tidak mempunyai kuasa (untuk) berperang dengan rakyat tempatan.........mana-mana negara, perlembagaan angkatan tentera (menyatakan) tidak boleh berperang dengan rakyat tempatan!,"jelas beliau.

Sebahagian orang Sulu yang menceroboh yang kemudian dipanggil sebagai 'pengganas' mempunyai kad pengenalan Malaysia.

Justeru itu, polis digunakan, bukan tentera yang dikerah pada peringkat awalnya.



Ulasan