Calon PAS Dun Kemasik Sedia Berkhidmat, Susah Senang Bersama Rakyat

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita19/Ustaz%20alias.jpgKEMAMAN - Para pengundi Dun Kemasik dan Parlimen Kemaman diseru mengambil peluang dengan gelombang kebangkitan rakyat dan senario politik semasa bagi membuat perubahan dan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat

Menurut Calon PAS bagi N.29 Dun Kemasik Ustaz Che Alias Hamid, peluang PAS untuk menang di Dun terbabit cerah berikutan pertandingan tiga penjuru antara PAS, BN dan calon Bebas dari Umno.

"Saya Che Alias Hamid calon N29 Kemasik bagi PAS Kemasik dengan ini saya merayu pada semua pengundi-pengundi di kawasan DUN Kemasik supaya dapat bersama membuat perubahan dalam PRU yang ke 13 ini,



"dan dengan perkembangan yang baru di Kemasik ini Insyaallah peluang untuk memenangi N29 DUN Kemasik ini cerah,"ujarnya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Motivasi Pengundi Bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di sini, pada petang Ahad, 2 April.

Oleh itulah, beliau merayu kepada kawan-kawan pengundi pelbagai latar belakang khusus pengundi 'atas pagar' yang masih belum membuat keputusan agar bersama-sama menolak Barisan Nasional (BN) kerana menurutnya, Umno di Pekan Kemaik sendiri telah pun menolak parti tersebut.

"saya merayu sekali kepada pengundi-pengundi dengan pelbagai latar belakang yang ada di kawasan kita ini lebih-lebih lagi sahabat kita diatas pagar dan pada perkembangan terakhir 'penolakan' politik (orang) UMNO terhadap BN di Dun Kemasik ini,

"Insyaallah saya menyeru kepada semua sekali supaya dapat memberi sokongan yang padu kepada Pakatan Rakyat khususnyanya kepada PAS,"jelas Ustaz Alias yang juga Setiausaha PAS Kawasan Kemaman. [Lihat Video]

Beliau berikrar akan 'sedia berkhidmat' kepada seluruh rakyat Dun Kemasik sekiranya dipilih mewakili rakyat alam PRU-13 yang akan diadakan pada 5 Mei depan.

"saya mengambil moto iaitu 'sedia berkhidmat' untuk rakyat Kemasik.........jika saya terpilih dalam PRU yang ketiga belas untuk memimpin (rakyat Kemaik) atau (sekiranya) menang dalam pilihanraya ini dan,

"InsyaAllah saya bersedia (susah senang) bersama rakyat, bersama masyarakat DUN Kemasik dan berkhidmat untuk masyarakat,"tegasnya.

Ulasan